<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Rabu, September 30, 2009

"Ini Tidak Adil!!!"

Saya sering mengikuti rancangan berbentuk sitcom, drama dan sebagainya di kaca-kaca televisyen. Termasuklah rancangan relaiti tv yang mempamerkan aksi bakat-bakat artis-artis baru tanahair. Antaranya rancangan Raja Lawak terbitan Astro.

Dalam kebanyakan rancangan di televisyen, kebanyakan bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu yang standard dan boleh difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Akan tetapi, ada juga lah kadang-kadang tu pelakon-pelakon menggunakan bahasa/loghat daerah masing-masing. Ini menambahkan lagi kecerian dan menghidupkan suasana.

Apa yang saya tidak puas hati di sini ialah dalam Rancangan Realiti Raja Lawak terbitan Astro baru-baru ini. Dimana salah seorang pesertanya ialah Amir, dari Kelantan. Oleh kerana dia dari Kelantan, maka tutur bicaranya memanglah akan berbunyi Kelantan. Tetapi para juri marah kat dia sebab cakap Kelantan. Dia tak faham. Eh, lantak kamulah nak faham ke tak. Kenapa peserta dari Kedah, Negeri Sembilan, Perak bebas je bertutur dalam dialek daerah masing-masing?

Bila si Amir bertutur dalam loghat Kelantan, marah kat amir, hentam dia kerana cakap dialek Kelantan sebab meraka tak faham. Huhuhu... Apalah ni... Ini memang tidak adil pun... Kalau semua peserta tidak dibenarkan bertutur dalam bahasa/loghat masing-masing xpe, ini tidak, para peaserta lain bebas ja menggunakan dialek masing-masing.

Sedangkan bila amir bertutur dalam dialek Kelantan, lakonannya bertambah baik dan menghiburkan. Tetapi jika dia bertutur dalam dialek standar, maka hambarlah dan tersekat-sekatlah dialognya. So, kesian budak Amir tu. Dia ok je bila bertutur dalam dialek Kelantan ni. tapi apakan daya, semua juri hentam dia.

Nampaknya, bukan sahaja kerajaan meraka hentam, sampai ke rancangan TV pun diorang hentam bila sebut je Kelantan. Apapun, kepada rakyat Kelantan, jangan lah kita merasa rendah diri. Kita punyai jatidiri tersendiri. Percakapan kita pun orang cemburui. Usahlah bersedih hati. Kalau ikutkan hati, memang tidak puas hati. Ingatlah, semuanya mencemburui kita orang Kelantan. GOMO KELATE GOMO!!!

Selasa, September 29, 2009

HUKUM MENGGANTUNG GAMBAR

Email dari : Mohd. Hafizi Abd. Rahim

Saya dan sahabat-sahabat lain pernah tanya masalah ni kepada ustaz-ustaz. Waktu belajar Usul Fiqh dulu, ada berbagai pendapat ustaz dan para ‘alim…berikut adalah antara jawapan dan hujjah untuk dikongsi bersama.

Hukum menggantung gambar2 bernyawa pada dinding2 rumah adalah haram kerana menyebabkan malaikat tidak masuk kedalam rumah.Imam Bukhari meriwayatkan didalam Sohihnya sebuah hadith dari A'isyah r.a. bahawa Rasul Allah sa.w. bersabda :'Sesunnguhnya malaikat itu tidak memasuki rumah yg ada didalamnya gambar.Dan barang siapa yg membuat gambar akan diazab pada hari kiamat maka disuruh supaya ia hidupkan apa yg ia buat itu.'Berkata Imam Manawi : Yg dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon2 kayu.Dan yg dimaksudkan dengan malaikat pada hadith ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni2 rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam."Jadi gambar yg diharamkan gantung pada rumah2 itu ialah gambar2 makhluk bernyawa samada separuh atau penuh.Dan tidak mengapa gantung gambar2 yg bukan makhluk bernyawa/berjiwa seperti gambar kapal,pohon kayun dan seumpamanya.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku " Seni Dalam Islam", hukum gambar-gambar fotografi pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, orang-orang zalim, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng dll tokoh bilamana menyokong/mendorong mereka boleh meruntuhkan akhlak/aqidah.

Hukum gambar fotografi (Perbincangan yang panjang…)

Fotografi dengan kamera adalah suatu yang baru yang tidak pernah wujud di zaman generasi Islam yang terdahulu. Oleh kerana ia adalah gambar yang dihasilkan oleh teknologi, maka ulamak kontemporari memberi pelbagai reaksi dan fatwa. Ada dua jenis iaitu gambaran:

1. Fotografi - adalah harus kerana tidak ada dalil yang mengharamkan (tafsir asyabuni, ms 438), Qardhawi (halal dan haram), mufti Mesir, Syaikh Bakhit, alQaulal Kafi fi Ibahat at Tasweer al Fotografi, maka hukum keatas hasil fotografi adalah harus menurut jumhur fuqaha' hari ini.
2. Lukisan/patung dsb. - terdapat nas ke atasnya. HR Bukhari-Muslim,"siapakah yang lebih zalim dari orang yang cuba mencipta makhluk bernyawa menyerupai ciptaan-Ku?" Syafi'iyah mengharamkan (Imam nawawi, syarah sahih muslim, jld 7, ms 341); manakala lukisan selain makhluk bernyawa diharuskan.

Tiga ulamak besar abad ini: 1. Syaikh Muhammad al Bakhit, Mufti Mesir. 2. Syaikh 'Atiyyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa al Azhar (Islam wa Masyaakil Hayah) 3. Prof Dr Yusof Qardhawi (Fatawa Mu'asarah)

Ketiga-tiga mereka bersependapat bahawa gambar yang dihasilkan oleh kamera (lazimnya fotografi) terkecuali dari perbahasan hukum lukisan, ukiran dan membuat patung yang jumhur ulamak mengharam jika bertujuan menandingi ciptaan Tuhan. Ini bermakna hukum bergambar dengan kamera adalah harus. Keharusan ini tidak meliputi gambar-gambar lucah dan gambar tokoh atau bintang yang ada hubungan dengan kebatilan/kezaliman dan ahli maksiat.

Hukum mempamerkan gambar (subjek yang hangat nie…soalan saya)

Qardhawi (Fatawa mu'asirat), harus jika motifnya bukan untuk disucikan atau bertujuan untuk riak atau mengagungkannya. Namun, pendapat di atas lebih kontemporari dan mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di sana ada juga pendapat lain yang lebih bersifat menjaga dan lebih tegas. Ada juga yg mengharamkan menggantung sebarang gambar kerana ia akan membawa kpd pemujaan dan mengagungkan. Hukum ini terbina atas kaedah fiqh " Lil-wasaa-ili hukmul maqaasid " …yang bermaksud : Hukum wasilah (jalan yang menuju, means) serupa dengan hukum tujuan (end). That’s mean…MEANS=END.
Contoh: Zina, hukumnya haram. Maka segala pekerjaan yang menuju kepada zina umpamanya rumah pelacuran, menyediakan tempat tawar menawar diantara lelaki dan perempuan, menyediakan kenderaan untuk pelacur, menjadi perantaraan untuk urusan pelacuran, menyediakan kemudahan untuk membolehkannya berlaku, telefon sesama laki perempuan bukan mahram dengan tujuan maksiat, berkhalwat berdua-duaan, berpantun manja, bertepuk tampar dan bercumbu-cumbuan lelaki dan perempuan, berdansa dan berjoget dsb juga HARAM.

Setengah ulama pula membezakan antara menggantung gambar makhluk bernyawa dengan gambar makhluk tidak bernyawa. Gambar makhluk yang tidak bernyawa dibenarkan seperti pemandangan dll.

Adapun gambar-gambar pemandangan, misalnya pohon-pohonan, kurma, lautan, perahu, gunung dan sebagainya, maka ini tidak dosa samasekali baik si pelukisnya ataupun yang menyimpannya, selama gambar-gambar tersebut tidak melupakan ibadah dan tidak sampai kepada pemborosan. Kalau sampai demikian, hukumnya makruh.

Pendapat hamba... yang amat2 jahil dan lemah ini, boleh gantung (tidak termasuk menyimpan)gambar manusia. Tetapi kalau sampai riyak atau pemujaan atau mengagungkan dll, ,maka diharamkan tanpa kompromi. Gambar binatang, tidak ada sebab langsung utk kita gantung lalu diHARAMKAN. Satu lagi dlm msyrkt kita suka gantung gambar keluarga dan konvo. Kalau gambar keluarga atau gambar ayah/datuk waktu tentera dulu oklah jgk sebab kenangan. Tp beringat, gambar konvo ke apa, walaupun kenangan ia blh jd nak menunjuk-nunjuk, kalau tak pun apabila org dtg dan bertanya ttg gambar tersebut akan menimbulkan rasa bangga,ujub, riyak dsbnya. Maka akan jadi HARAM…jadi kalau takut ada walau sekelumit pun perasaan tu, baik simpan dalam laci lemari je, pikirlah sendiri.

Rumusan… fotografi, pada prinsipnya mubah/harus, selama tidak mengandung objek yang diharamkan, seperti pornografi, disucikan oleh pemiliknya secara keagamaan ataupun disanjung-sanjung secara keduniaan.

Terakhir, apabila gambar yang diharamkan itu bentuknya diubah atau direndah2kan…samada berbentuk fotografi mahupun patung boleh berpindah dari lingkungan haram menjadi halal. Seperti gambar-gambar dan patung di lantai yang biasa diinjak oleh kaki dan sandal. [rujuk Halal dan Haram dalam Islam oleh Yusuf Qardhawi]. So, mainan, teddy bear anak yang disepak terjal takpalah. Pada saya, better takyahlah simpan ukiran ULTRAMAN, KAMEN RIDER atas meja, separuh badan ke dsb, tak rugi pon…biarpun patung George W. Bush khas untuk disepak2 ke, alas kaki karpet gambar Joseph Stalin ke. Takyahlah merendahkan manusia sb tak ada gunanya…lebih baik jangan simpan langsung replika2 macam ni. Buat apa nak semak rumah/ofis, nanti semak jiwa. Takdak kerja.

Apa2pun, setiap sesuatu yang halal/dibenarkan itu bergantung kpd niat pelakunya. Macam anggurlah, asal mubah…diperah boleh minum, halal berkhasiat, Vitamin C lagi…diperam masam, jadilah arak haram laknat. Kan ianya boleh berubah kepada yang haram kalau tujuannya itu adalah maksiat/syirik? Tambahan tajuk ini boleh berkait terus dengan aqidah. Nasihat untuk diri dan keluarga saya sendiri terutamanya, waspadalah kalau boleh jangan jadikan tradisi gantung gambar/foto manusia sebagai amalan warisan takut jadi keperluan/adat dalam masyarakat Islam kita seperti amalan musyrikin, punah nanti. Untuk lebih “berhati2”, ADALAH LEBIH BAIK kita takyah gantung gambar2/foto manusia. Memang tak salah gantung pun…macam membiarkan air bertakung, dan semak di rumah kitalah…tak dak masalah pun. Tapi takut wabak Denggi menyerang, better clear semua tu. Cadangan: buat album cantik2, simpan elok2 atas rak. Anak cucu nak tengok ambik je pastu simpan balik. Lebih selamat dan terjamin.

Nak gantung gak?gantunglah gambar segiempat ke, membujur lalu melintang patah ke yang takde iras manusia/binatang. Bagus lagi gantung frame ayat Al-Qur’an yang indah2, kita dan anak cucu & tetamu boleh tumpang tengok/baca…boleh pahala. InsyaAllah.

Kita buat, kita dapat

Wallahu A'lam

Krisis Wala'

Membaca hujah-hujah yang dikeluarkan oleh YB. Khalid Samad amat menarik hati saya. Ianya meningatkan saya akan apa yang berlaku semasa di kampus dahulu. Soal wala'. Ianya merupaka suatu krisis yang hebat dan memerlukan pemahaman yang mendalam berkaitannya. Maka saya menyokong apa yang beliau katakan. Memang menarik dan wajar diambil perhatian oleh adik-adik kampus pada masa ini.

Kata beliau, "Wala' itu maknanya tidak boleh menegur pemimpinkah? Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari. Teguran dan ingkaran merupakan dua perkara yang berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti".

Maka memang peristiwa seperti ini saya alami sendiri dan memang perkara inilah yang selalu dsalah faham. Bagai sesetengah sahabat, kita tidak boleh langsung menegur dan mengkritik pimpinan disebabkan wala' pada pimpinan.

No komen lah...rasanya semuanya dah mengerti apa yang hendak disampaikan oleh YB. maka, tepuklah dada, batuk berdehem-dehem...cuba renung2kanlah apa sebenarnya pengertian wala' dalam konteks kita mengadakan perbincangan. Adakah jika kita membangkang, maka kita dikatakan tidak wala'?hehehe...

Abang, kakak dan adik-adik saya di kampus dahulu yang membaca artikel ini diharap dapat memberikan sepatah dua komen terhadap tulisan ini.

Sekian.

Rabu, September 23, 2009

Gambar Peristiwa : Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Dabong

DABONG, 4 Syawal : Kemeriahan Aidilfitri tahun ini jelas terasa apabila hampir satu ribu penduduk sekitar Dun Dabong hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Dabong pagi tadi. Majlis yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu berjaya menghimpunkan seluruh penduduk dun di segenap lapisan masyarakat. ( Koleksi gambar di bawah)

Dalam majlis itu, Adun Dabong, YB Arifabillah Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar di Dun Dabong yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Seramai 150 orang pelajar telah menerima sumbangan pagi tadi.



Pada tahun ini, majlis Tindakan Dun Dabong telah menyediakan 15 buah gerai yang menghidangkan pelbagai menu makanan. Menurut Timbalan Pengarah, Ustaz Mohd. Naim, pada tahun ini, pihak MTD Dabong telah menambahkan bilangan menu makanan berbanding tahun lepas. Masih mengekalkan konsep yang sama di mana setiap UPU di Dun Dabong menyediakan makanan masing-masing. Di samping itu juga, kumpulan Ahli Majlis Daerah, Unit Halaqat, kumpulan penghulu-penghulu mukim serta para peserta Ladang Rakyat juga tidak ketinggalan menyediakan makanan masing-masing.




Menu utama pada tahun ini ialah nasi minyak dan nasi dagang yang disediakan oleh Kumpulan Ahli Majlis Daerah dan Penghulu. Di samping itu, pihak urusetia menyediakan sate dan muslimat serta nisa' menyediakan roti jala.

Rata-rata pengunjung yang hadir berpuas hati dengan mjali tersebut. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tegahari. Alhamdulillah semua makanan yang disediakan laku dimakan oleh pengunjung. Tahniah kepada semua. Insya Allah tahun depan kita jumpa lagi.









Jumaat, September 18, 2009

Kemeriahan Berbelanja Menjelang Aidilfitri

Seorang peraih sedang melayan pelanggannya unutk membeli sayur-sayuran

Aidilfitri bakal menjelang dalam sehari dua lagi. Seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak melepaskan peluang mengadakan persiapan menyambutnya. Berbagai kaedah dibuat mengikut kemampuan diri dan keluarga masing-masing. Tua muda, miskin kaya, kecik besar, semuanya bergembira menyambut hari raya yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam di dunia.


Pagi tadi saya sempat menjeguk kemeriahan menjelang raya di Pasar Minggu Kuala Balah, di Jajahan Jeli, Kelantan. Persiapan raya di saat akhir ini begitu meriah sekali. Penduduk di sekitar Pekan Kuala Balah membanjiri pasar minggu ini untuk membeli kelengkapan harian dan persiapan menjelang aidilfitri nanti.

Pelbagai gelagat pengungjung, dan celoteh para penjual yang mempromosikan barang jualan mereka. Dari lauk-pauk, sayur-sayuran, pakaian, sehinggalah kepada perkasaan rumah dijual di sini. Suasana pasar pagi ini sungguh meriah, ditambah lagi kepada para perantau yang bekerja di rantauan orang telah mulai kembali ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya di desa.
"Pilih kak, pilih selipar tu....comel-comel belako"ujar penjual selipar.

Tidak kurang juga ada ibubapa yang membawa anak-anak meraka untuk membeli pakaian baru untuk dipakai pada pagi raya nanti. Hmmm...mungkin lasa-last minit ni, harganya murak agaknya.

Jualan pada hari ini sungguh laris. Ayam, ikan, daging, sudah hampir habis. Permintaan hari ini sungguh menggalakkan. Mengikut seorang penjual daging, pada pagi ini sahaja sehingga jam 9.30 pagi, sudah 3 ekor lembu habis dijual dan beliau bercadang untuk menyembelih lagi 2,3 ekor lembu atas permintaan yang tinggi terhadap daging.


Sepasang suami isteri sedang mencuba pakaian untuk nak-anaknya.

Seorang pemboroang ayam memeberitahu saya bahawa ayamnya di ladanag telah kehabisan stok. Beliau terpaksa menyembelih ayam yang saiznya agak sederhana besar untuk dijual kerana semua ayam-ayam yang besar telah habis disembelih dan dijual.

Orang ramai mengerumuni gerai daging, ayam dan ikan.

Apapun, berjimat cermatlah dalam berbelanja. Jangan membazir ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Selasa, September 15, 2009

Blok C : Solat hajat - Transform jadi Masjid UTMKL!!!

Sambungan dari artikel yang lepas.

Blok C, merupakan salah satu Blok Kediaman Pelajar di Kolej Pertama. Pada masa saya mula-mula mendiami kolej Pertama, Abang Azizan selaku ketua blok telah berjaya membawa penghuni Blok C kepada aktiviti-aktivi yang dapat membina sahsiah diri. Syabas abang Azizan, anda sememangnya seorang ketua yang dedikasi.

Rupa asal Blok C, di atas gelanggang sepak takraw itulah kami adakan solat hajat. Kini dijadikan masjid.


Antara aktiviti yang beliau perkenal dan blok-blok lain tidak membuatnya ialah Program Solat Hajat Perdana yang diadakan setiap minggu. Pada setiap malam Jumaat di dataran blok. Kami menghampar tikar di atas dataran tersebut. Kadang-kadang, kami sediakan air minuman, makanan dan sebagainya. Majlis biasanya bermula selepas solat Isyak. Amat bagus dan menarik program tersebut. Sambutan dari penghuni blok amat menggalakkan, malah penghuni dari blok lain pun mengikutinya juga.

Setelah abang Azizan keluar dari kampus, legasinya diteruskan oleh kami, adik-adiknya. Saya tidak mahu program-program sebegitu lenyap dan berakhir sama dengan dirinya. Oleh itu, saya bekerjasama dengan sahabat-sahabat lain meneruskan aktiviti tersebut.

Maka setelah sekian lama, mulalah timbul ketidakpuasanhati dikalangan penghuni blok yang tidak mahu melihat suasana yang harmoni dan solehah di Kolej Pertama. Ada segelintir penghuni kolej yang iri hati dengan perpaduan yang saya dan sahabat-sahabat lain buat. Maklumlah, bila sahaja kami kumpul pelajar untuk solat hajat, bilangannnya makin bertambah saban minggu.

Justeru, terjadilah adengan berbahas telefon antara saya dan pegawai HEP pada masa itu. Dialognya telah saya rakamkan dalam artikel sebelum ini.

Allah Maha Adil dan Maha Kaya. Dia yang tentukan tiap perkara di langit dan di bumi. Hendak dijadikan cerita, masjid UTMKL hendak dirobohkan ntuk dibina masjid yang baru. Maka, masjid sementara perlu dibina untuk kegunaan pelajar dan staf di situ.

Berehat di bangku dataran Blok C

Apa yang membuat saya amat terharu apabila pihak UTM telah memilih dataran Blok C untuk dijadikan masjid sementara sekarang ini. Ya Allah...Engkau Maha Kaya. Bila masa ada sahabat yang memaklumkan pada saya akan maklumat tersebut, berlinangan airmata saya mengenangkan kelakuan pegawai HEP yang coba menghalang kami melakukan solat hajat di dataran yang sama 7 tahun dahulu.

Nah, sekarang terbukti, hikmah kami mengadakan solat hajat di dataran tersebut. Dengan kepayahan, dengan azam yang tinggi, dengan cabaran dari musuh-musuh agama. Kami teruskan jua. Alhamdulillah, berkat kami adakan solat hajat, Dataran Blok C dijadikan Masjid UTMKL.

Binaan yang dibina di dataran Blok C

Susur gajah di depan datran Blok C

Ruang dalam masjid, jika diperhatikan masih nampak pintu-pintu bilik pelajar Blok C. Di ruangan inilah kami menghampar tikar untuk solta hajat suatu ketika dahulu.

Kepada sahabat-sahabat saya yang sama-sama berjuang suatu ketika dahulu, kepada adik-adik yang mengikuti program-program kami dahulu, berkat kesabaran dan kegigihan kita semua, inilah hasilnya. Anda semua mampu bersyukur kehadrat Ilahi.

Blok C: Solat Hajat...

"Zul, saya dengar kau tampal poster pasal solat hajat malam ni, betul ke?"

Betul...kenapa? ada masalah ke?

"Kau buat kat mana?

Saya buat kat dataran Blok C. Encik nak join ke? Boleh je...(sinis je saya jwb)

"Kamu minta kebenaran dengan sape nak buat solat hajat ni? Ada surat kebenaran tak? Saya dah telefon pengetua dan felo, mereka semua tidak tahu"

Saya tergaman seketika...hu..hu..hu... Surat kebenaran memang tak ada. Macam ni encik, ini program blok saya, sama lah dengan aktiviti membersih blok, aktiviti riadah ahli2 blok, aktiviti main sokan kat blok, so, majlis solat hajat ni pun sama lah jgk...takkan itu pun nak bagitahu satu-satu...dah kira aktiviti blok kami. So, saya rasa, tak perlu minta kebenaran, sebab saya AJK Kolej, kami buat aktiviti kolej.

"Saya tahu la...tapi itukan melibatkan jumlah yang ramai, kamu tahu AUKU? berkumpul lebih dari 5 orang merupakan suatu kesalahan, kamu boleh dihukum".

Saya amat maklum encik pasal AUKU tersebut,..

"Dah 2...? Kenapa buat jugak? Saya tak puas hati la dengan kamu nih... Nak kami hukum kamu?

Bukan mcm 2 encik, saya nak tanya encik lah, kalau berkumpul lebih dari 5 orang itu perlu kebenaran, jadi yang kami duk main sepak takraw, main badminton petang2 yang lebih 5 orang ni salah la? Lagi satu, yang berduyun-duyun kuar gi makan 2 pun slah la ye?

"Pandai ye kamu ni...nanti saya akan hantar surat tunjuk sebab, dan saya minta kamu balas surat tersebut mengapa tinndakan tatatertib tidak boleh diambil keatas kamu..."

OK, tak menjadi masalah, Insya Allah saya akan hantar secepat mungkin.

"Ni lagi satu, kenapa kamu buat kat dataran blok? Kenapa tak buat kat masjid?"

Macm ni encik, soal tempat ni, kat mana2 pun sah, asalkan bersih sahaja, sengaja kami memilih dataran blok kerana ianya berhampiran dengan bilik pelajar. Jadi secara tidak langsung, para penghuni blok kan sertai kami, kalu buat kat masjid, diorang tak pegi, jauh la, mcm2 alasan lagi, jadi, kalu buat kat depan bilik dia, at least dia malu, so nak tak nak, diorang akan sertai kami.

"Hmmm....masalahnye sekarang, semua felo, pengetua tak tahu kamu buat ni, kamu tampal poster kat pintu2 tandas kan? Saya tak puas hati lah...kamu buat solat hajat untuk apa sebenarnya ni? Apa pengisian lagi? Ada slot2 ceramah ke?

Kami buat solat hajat, supaya selamat, murah rezeki, mudah belajar, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, kami mahukan suasana yang solehah di blok, tidak mahu gejala-gejala sosial berleluasa sekarang ni. Salahkah kami nk buat solat hajat tolak bala? Lepas solat, kami bersurai lah. Bukan jemput sape2 pun bagi ceramah. kalu encik nak join pun saya alu-alukan...

"Tak salah, tapi cara kamu tak betul, tak minta kebenaran...takpelah zul, saya malas nak berbahas dengan kamu, sy bukan nk join pun, cuma sya dapat maklumat kamu buat solat hajat, so, saya tanya kamulah. Xpelah, nanti kamu jawablah sendiri dengan pengetua kamu, nanti saya akan hantar surat tunjuk sebab kepada kamu, malas saya nak layan kamu nih"

Ok lah encik, Insya Allah nanti saya akan hantar surat pada encik selanjutnya. Nanti saya akan gitau pengetua saya bekenaan hal ini.

Selepas salam dilafazkan, maka dia meletakkan telefon setelah hampir 25 minit meleteri saya. Dalam perbualan tersebut, memang dia amatmarah dengan saya dan memang dia tidak berpuashati dengan jawapan saya yang tenang dan damai. he..he..he...(Bila Kalah berhujah?)
Selepas kejadian itu, saya terpakasa perjelaskan satu-satu kepada semua felo mengapa say buat di dataran blok. Alhamdulilah, semua felo faham. Yang anehnya, sambutan para pelajar amat menggalakkan. Bila buat di masjid, tidak ramai yang turun...
Kepada sahabatku yang ada bersama pada waktu saya dileteri tersebut, ingatlah, perkara yang baik yang kita buat, tetap tidak diterima oleh sesetengah pihak yang merasa kerugian bilamana kita semua bersatu.

Itulah kisah yang pernah saya utarakan dalam Cetusan Hati beberapa bulan yang lepas. Senario yang berlaku dan cabaran yang terpaksa kami hadapi dalam menjalankan syiar-syiar Islam di kampus. Namun kini, semua itu sudah menjadi kenangan dan pengalam yang tidak dapat saya lupakan.

...to be continue...please wait...

Rabu, September 09, 2009

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM.' - TOLONG BACA

Email dari Mohd. Hafizi Ab. Rahim

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek.. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu..


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya...

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, si minachi ni minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu.... Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..dan akhirnya Daulah Turki Uthmaniyyah.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOLD, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni... Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja.. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

Antara Islam Atau Melayu

Email dari Ahmad Tarmizi

Kenapa orang Islam Melayu masih lagi tidak dapat membezakan antara Islam dan Melayu? Mereka masih lagi berpegang dan beri'ttikad bahawa Melayu itu suci dan Melayu itu Islam.

Setiap kali kita menyatakan agama Islam kita rujuk sekali dengan semangat Melayu kita. Saya berpendapat kerana itulah kita tidak dapat memperjuangkan keadilan Islam yang sejati. Yang dapat memperlihatkan keindahan agama Islam kepada mereka bukan Islam.

Nabi Muhammad SAW bukan berketurunan Melayu dan bukan diturunkan untuk memperjuangkan semangat kebangsaan bangsa. Nabi Muhammad SAW diturunkan untuk kesejahteraan seluruh alam. Agama Islam tidak menyuruh kita menginaya sesiapa pun.

Sebab itu apabila PAS cuba membuat slogan "PAS UNTUK SEMUA" dan "ISLAM UNTUK SEMUA", ianya bertetapan dengan perjuangan dan agama Islam. Sebagaimana agama Islam itu dapat memberi kesejahteraan dan keadilan kepada semua pihak samada orang Islam atau bukan Islam.

Namun masyarakat Melayu kita masih kuat menyatakan Islam itu hanya orang melayu saja. Kaum lain dan orang bukan Islam tidak berhak untuk mendapat keadilan Islam.

Dengan apa yang berlaku di Seksyen 23, Shah Alam, peristiwa itu mengambarkan betapa bodohnya orang Melayu, yang mana mereka cuba menghina adat agama kaum hindu. Dengan tindakan ini juga, sedar atau tidak ianya mencemarkan imej agama Islam kepada orang bukan Islam.

Adakah Islam menyuruh kita untuk menghina penganut agama lain?

Adakah dengan tindakkan itu, dapat kita berdakwah mengatakan agama Islam itu baik?

Tindakan tersebut hanya menyebarakkan lagi kebencian bukan Islam kepada Islam. Mereka beranggapan bahawa agama Islam sama sebagaimana dakwaan barat yang mengatakan penganut Islam itu Ekstrem, Pengganas dan Pelampau.

Mereka yang melakukan perkara tersebut mendakwa bahawa mereka memperjuangkan Islam dan Melayu. Mereka ini sebenarnya bukan memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan semangat perkauman Melayu yang sempit.

Disini ingin saya sarankan kepada perjuang-perjuang PAS, buangkan semangat kebangsaan Melayu yang menebal dalam diri masing-masing. Letakkan Islam itu mengatasi segalanya. Tunjukkan kebaikan Islam kepada orang bukan Islam supaya mereka dapat melihat keindahan Islam.

Selagi kita duk syok berpegang dengan Melayu itu Islam, selama itulah dakwah Islam kepada orang bukan Islam akan jadi sia-sia saja.

Janganlah kita terpedaya dengan politik muruhan dan perkauman yang sempit yang dimainkan oleh umno.

UMNO = United Munafik National Organisation

Email dari Ahmad Tarmizi

Isu Kuil Hindu dan demontrasi kepala lembu di Seksyen 23, Shah Alam jelas menampakkan kemunafikan umno. Mereka kononnya beriya-iya sangat hendak memperjuangkan Islam, tapi sebenarnya mereka yang tidak mahu kepada Islam. Mereka ini berselindung disebalik topeng NGO-NGO melayu.

Saya merasa jijik dengan perbuatan mereka ini. Pelik..? Semasa mereka memerintah Selangor dahulu, kita tidak nampak hendak mereka bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sistem Islam.

Puak mereka ini (Umno) sebenarnya tidak memahami tentang agama Islam. Umno yang sebenarnya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik. Jika mereka ikhlas untuk melaksanakan sistem Islam, kenapa pemohonan Kelantan hendak melaksanakan sistem perundangan Islam (Hudud) pada tahun 1990-an, mereka tolak!!?

Sekarang mereka melalak tepi jalan kononnya hendak kepada Hudud. Ini adalah kerja-kerja orang munafik!!! Kenapa mereka tidak melalak ditepi jalan dan marah kepada Kerajaan Persekutuan kerana tidak membenarkan Kelantan untuk melaksanakan Hudud..? Ini jelas menunjukkan mereka ini bermuka-muka.

Berkenaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, cuba kita lihat di Kelantan. Semasa tumbangnya kerajaan Umno di Kelantan, Kerajaan APU pada masa itu tidak meruntuhkan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam. Dan sekarang di Kelantan, walaupun rakyatnya 90% lebih berugama Islam namun disana terdapat Patung Budha terbesar di Asia Tenggara.

Dalam sejarah Islam, semasa pembukaan Kota Jerussalam pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab dan Panglima Salahuddin Al-Ayubbi, mereka tidak meruntuhkan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam. Kerajaan Islam pada masa itu menjaga hak berugama kepada orang-orang bukan Islam.

Mereka tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Mereka lebih menekankan kepada memberi keadilan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Dengan itu, orang bukan Islam akan tertarik kepada Islam.

Orang-orang umno jahil tentang hal ini ataupun mereka buat-buat tak tahu? WaAllahhua'lam..

Namun yang sebenarnya mereka ingin sengaja memcetuskan huru-hara antara agama di Selangor. Mereka suka memecah-belahkan perpaduan untuk kepentingan politik murahan mereka. Kerja-kerja memecah-belahkan perpaduan ini adalah kerja orang-orang munafik sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ketua mereka (UMNO) pada masa itu adalah Abdullah Bin Ubai.. dan sekarang diambil-alih oleh.... lu fikirlah sendiri!!!

Ahad, September 06, 2009

17 Ramadhan : Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Jumaat, September 04, 2009

Al-Fatihah : ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

Satu lagi Pilihanraya Kecil

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

PAS Jangan Jadi Tamak Kuasa

Email dari Ahmad Tarmizi

Sejak Adun Lunas Mohd Radzhi Salleh daripada PKR keluar parti, kita lihat ramai ahli-ahli PAS mula hilang keyakinan kepada pemimpin-pemimpin PKR. Banyak komen-komen yang dihantar mengambarkan hanya pemimpin-pemimpin daripada PAS sahaja yang layak menjadi teraju kepimpinan didalam Pakatan Rakyat.

Kita sebagai ahli dan penyokong PAS semestinya menyokong saranan dan komem-komen tersebut. Namun jangan kita lupa sebenarnya saranan dan komen-komen tersebut telah secara tidak langsung mengambarkan bahawa ahli, penyokong dan parti PAS sudah mula tamak akan sesuatu jawatan atau kuasa.

Tidak dinafikan memanglah PAS menyertai politik untuk mendapat kuasa, tetapi kuasa untuk apa? Kita kena lihat balik matlamat sebenar perjuangan kita, matlamat sebenar kita bukan semata-mata untuk mendapatkan pangkat, jawatan dan kuasa. Matlamat sebenar PAS untuk menegakkan Syariat Islam di muka bumi Malaysia ini.

Kalau jawatan, pangkat dan kuasa belum kita dapat lagi, tetapi sudah mula kita hendak bergaduh dan berebut mengenai siapa yang layak untuk mendapatkan sesuatu jawatan, pangkat atau kuasa, maka saya lihat matlamat sebenar kita (PAS) untuk menegakkan Syariat Islam itu mungkin akan terbantut.

Kita hendaklah melihat kembali bentuk kerjasama kita bergabung dalam PR, ianya hanyalah dalam bentuk tahaluf siasah. Matlamat sebenar kita bergabung adalah bagi memperlihatkan dakwah Islamiyyah kepada semua pihak baik kawan atau musuh Islam tentang keadilan sistem Islam itu dan memberi kefahaman kepada mereka supaya tidak keliru dan takut kepada Islam.

Dengan mempamerkan sikap kita suka merebut pangkat dan kuasa nampaknya orang lain baik kawan dan musuh akan melihat kita terlalu gila dan tamakkan kuasa.

Oleh itu, ahli dan penyokong PAS disarankan jangan terlalu melampau dalam mengeluarkan kekecewaan terhadap rakan kita dalam PR. Mungkin sesetengah pemimpin mereka yang masuk kedalam parti-parti tersebut hanyalah untuk agenda-agenda tertentu dan kepentingan mereka masing-masing.

Saya menyeru kepada diri saya dan semu ahli PAS, hendaklah ikhlas dalam perjuangan Islam ini, dan perbetulkan niat kita masing agar kita tidak dituduh gilakan dan tamakan kuasa. Baik kita kalah atau menang yang penting perjuangan untuk menegakkan Syariat Islam mesti diteruskan. Baik kita dapat memiliki kuasa atau tidak, Islam mesti diutamakan.

Ingatlah pesan Rasullah SAW " Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki anak pamanku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang berambisi memperolehnya."(riwayat Muslim)

Kita serah kebijaksaan pemimpin-pemimpin PAS untuk menentukan dengan siapa perlu kerjasama atau sebaliknya. Dan seterusnya, kita berserah kepada Allah untuk menolong pemimpin kita bagi menegakkan Syariat Islam di muka bumi Malaysia ini.

Belajar Bahasa Jepun

Jom relaxkan otak blaja base jipun..

hehe.... lawak ke xlawak, lu pikir la sendiri.. esp yg last sekali...Ini bahasa jipun yg baru

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI CIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOOL BAUKARI

Who says our English is teruk.? Just see below..

Email : Zaki Omar

Ours is simple,short, concise, straight-to- point, effective etc.........

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.
Malaysians: No Stock.

RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few moments ago?
Malaysians: Hello, who page?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY .
Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kew me

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians:No- need, lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?
Malaysians: (pointing the door) can ar?

WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Malaysians: Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.
Malaysians: Don't want la...

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err. Tom, I have to stop you there. I understand where you're
coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Malaysians: You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please ! lower your voice, I'm trying to concentrate over here.
Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time.. Do I know you?
Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Malaysians: Die-lah!!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: Wat happen Why like that....

WHEN SOME ONE DID SOMETHING WRONG
Britons: This isn't the way to do it here let me show you,
Malaysians: like that also don't know how to do!!!!

WHEN ONE IS ANGRY
Britons: Would you mind not disturbing me
Malaysians:Celaka u

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!

Email dari : Mas Hassan

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya


Khamis, September 03, 2009

Laksamana Do Re Mi Episod 2

Sambungan episod dari 2,3 bulan lepas. Setelah Negara Pasir Dua Butir habis musnah diserang oleh Menteri Pertahanan, Raja Pasola. Maka, pemenrintah kerajaannya terpaksa berlindung di bawah sebatang pokok, mesyuarat, bersidang dan sebagainya di adakan di bawah pokok. Apalah malang nasib mereka. Ekoran ketamakan kuasa Raja Pasola, habis negaranya musnah.

Maka bersidanglah para menteri-menteri yang setia kepada pemerintah dan yang dipilih oleh rakyat berkenaan di bawah pokok. Seluruh dunia menyaksikan detik bersejarah itu. Kesemua menteri memikirkan apakah yang akan terjadi 2,3 bulana akan datang? Adakah masih bersidang di bawah pokok lagi? "Tunggulah apa kan berlaku nanti" ujar seorang menteri. "Kita pasti, kroni-kroni Raja Pasola pasti takkan membenarkan kita memamsuki istananya (SUK)" jawab salah seorang menteri dengan nada keciwa.

Apapun semuanya berharap sesuatu akan berubah nanti.

Episod kali ini bermula dengan pertempuran di mana kroni-kroni bala tentera Raja Pasola telah mengepung istananya (SUK) sebelum subuh lagi. "Hairan, mungkin mereka bersahur di kaki lima ini kot pagi tadi", bisik seorang menteri yang nyata hampa kerana tidak dapat memasuki bangunan tersebut. Berkebetulan, episod kali ini kena dalam bulan Ramadhan, dimana umat Islam diwajibkan berpuasa.

Ternyta, apa yang dirisaukan telah berlaku di Negara Pasir Dua Butir. Mereka yang telah diporak perandakan oleh Raja Pasola 2,3 bulan lepas datang untuk mengadakan persidangan sebagaimana dijadualkan terlebih dahulu. tetapi dihalang oleh Raja Pasola dan angkatan bala tenteranya.

Apakah episod ini akan berakhir nanti? Bilakan ianya akan berakhir? bagaimanakah kesudahannya? Hmmm...saya pun tak tahu. Pendapat kuat mengatakan bahawa episod ini boleh berakhir dengan membubarkan DUN di negeri berkenaan, serahkan semula kepada rakyat untuk melantik pimpinan mereka.

Semua pakat bertanding semula, Raja Pasola pun boleh bertanding semula. Mungkin Laksamana Do Re Mi pun boleh masuk bertanding jugak. He he he... Tapi akan daya, Raja Pasola ni seorang yang tak boleh nak sabar orangnya. Terus menyerang tanpa memikirkan baik dan buruk.

Maka kali ini, para pemenerintah yang ada seramai 21 orang tu mengadakan persidangan di dalam sebuah dewan berhampiran bangunan istana (SUK). Mungkin ianya disewa untuk tujuan tersebut. Biarkanlah. Apapun mereka dapat juga bersidang dengan aman.

Pagi ini, saya sempat baca berita di dalam akbar yang pro Raja Pasola. Huh, macam-macam duk kata kat diorang yang buat sidang dun di dewan hotel berkenaan. Kata gila kuasa la, gila talak la, sidang haram la, tak baik lah, macam-macam.

Eh, yang kamu hantar bala tentera sekat mereka nak masuk SUK tu kenapa? Dah kamu kata TAK SAH, sidang kat Mekah pun tetap tak sah, sidang kat ISTANA SULTAN pun tetap tak sah. Buat apa nk sekat? Kalu tak sekat, tak jadi pergelutan pun. Biarkanlah saja diorang nk bersidang, kan TAK SAH. Apa salah bagi diorang guna dewan SUK? Diorang pun ADUN jugak, Speaker tu Dewan DUN yang lantik. HARAM ke?

Hmmm...apa pun, episod kali ini meyebabkan beberapa ADUN dan orang awam ditangkap oleh bala tentera Raja Pasola. Huhuhu...itulah modal mereka, cukup cekap tangkap orang tak bersenjata dan rakyat jelata. Kalau penjenayah tu, payah je nak tangkap. Kenapa bala tentera Raja Pasola ramai-ramai tak pergi jaga di kawasan yang sering berlaku ragut, rompak, dadah dan sebagainya? Kenapa rela bersahur di kaki lima jalan semata-mata hendak menyekat orang awam?.

Demikianlah episod kali ini. Akan bersambung tau, tunggulah kisah dalam episod akan datang. Bye...

Majlis Iftar Jamaie & Ceramah Ghazwatul Badar







Selasa, September 01, 2009

Apa Erti Kemedekaan?!















apa erti kemerdekaan
bagi umat melayu kita
tokse terima perubahan
anak cucu menjadi mangsa

orang lain dok rebut peluang
takkan kita nak tengok saja
masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita

dilema..dilema.. dilema melayu kita..

orang lain hidup bersatu
kita balah sama sekampung
bangsa lain hidup maju
bangsa kita masih mundur

orang kecek caya selalu
hangguk palo macam jepun
ikut stail dulu dulu
jadi katok bawah tempurung

dilema..dilema.. dilema melayu kita

anak orang nak kapal terbang
anak kita naik teksi
anak orang makan kat hotel
anak kita kedai kopi

anak orang jual barang
anak kita la jong beli
tadok pitih rela berhutang
tanah pusaka jual lagi

dilema..dilema.. dilema melayu kita..

keta orang keta mercedes
keta kita moresmino
keto orang asap nipis
keta kita asap bunga

keta orang hidup dengan suis
keta kita mapuh tolak sokmo
beli baru takdan pitih
beli beras pun berhutang sokmo

dilema..dilema.. dilema melayu kita..

anok orang baca buku
anak kita dok ralit berderat
anak orang masuk ke U
anak kita masuk lokap

anak orang minum susu
anak kita dok togok ubat
macamana kita nak maju
kalu tokse ubah sikap

dilema..dilema.. dilema melayu kita

anak orang g masjid
anak kita tepi jalan
anak orang duduk mengatik
anak kita duduk begewe

anak orang perangai baik
anak kita supo jembalang
nya dok cari bala penyakit
tokse pikir masa depan

dilema..dilema.. dilema melayu kita

apa erti kemerdekaan
bagi umat melayu kita
takse terima perubahan
anak cucu menjadi mangsa

orang lain dok rebut peluang
takkan kita nak tengok saja
masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita

dilema..dilema.. dilema melayu kita..

Pantun Tok Guru

Email dari Hafizi


Pantun Tok Guru sewaktu perasmian KONSERT ANTARA DUNIA PADA 10 SYAABAN 1430/1 OGOS 2009 (HARI SABTU), JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR...sama-sama renungkan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid; makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al A’Raaf : Ayat 31).

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.


Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut :-

الخمر أم الخبائث

Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi :

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم

Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi :

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين

Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi

كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين

Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين

Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat

قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ

Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال

Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-

a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.

c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.

2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.



BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

· Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]

· Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.

· Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.

· Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.

· Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.

Kelima

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepada beberapa persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir,

DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan. ? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.

1] Sohih Muslim, mp 1706, jil 11, 216

[2] Riwayat Bukhari, no 6391, Jil 6, hlm 2487 ; Sohih Muslim, no 1706, Jil 11, hlm 211

[3] Dalam satu riwayat yang lain, Abd Rahman Auf berkata : "Seringan-ringan hudud adalah lapan puluh sebatan". Abd Rahman Auf mencadangkan agar diikut sebatan hudud yang paling ringan iaitu 80 sebatan bagi pesalah qazf. Lalu cadangan ABd Rahman tersebut, diterima Umar r.a.

[4] Sohih Muslim, no 1706, jil 11, hlm 215 ; Sunan Abu Daud, JIl 2, hlm 472

[5] Sohih Muslim, no 1707, Jil 11, hlm 216

[6] Sunan Al-Kubra, Al-Bayhaqi ; Al-Talkhis al-habir, IBn Hajar, no. 2118, jil 4, hlm 144,

[7] Rujuk hadis sohih riwayat al-Bukhari, no 6395, Jil 6, hlm 2488

[8] Tetapi mestilah pesalah memenuhi syarat-syarat berikut : 1) Islam 2) Sudah baligh dan beraqal 3) buat atas pilihan sendiri dan bukan dipaksa 4) Mengetahui berkenaan haramnya arak. 5) Minum arak dengan jelas sama ada melalui mulut atau suntikan dan sedar. 6) Minuman yang diminum itu memabukkan ( Rujuk MUghni al-Muhtaj, 4/178 ; AL-Muhazzab, As-Syirazi, 5/467 ; Al-Majmu' , An-Nawawi, 22/258)

[9] Al-Muhazzab, 5/458 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 22/261 ; Al-Mu'tamad Inda As-Syafie, 5/228

[10] Dari hadis riwayat Abu Daud, 2/476