<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Rabu, September 30, 2009

"Ini Tidak Adil!!!"

Saya sering mengikuti rancangan berbentuk sitcom, drama dan sebagainya di kaca-kaca televisyen. Termasuklah rancangan relaiti tv yang mempamerkan aksi bakat-bakat artis-artis baru tanahair. Antaranya rancangan Raja Lawak terbitan Astro.

Dalam kebanyakan rancangan di televisyen, kebanyakan bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu yang standard dan boleh difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Akan tetapi, ada juga lah kadang-kadang tu pelakon-pelakon menggunakan bahasa/loghat daerah masing-masing. Ini menambahkan lagi kecerian dan menghidupkan suasana.

Apa yang saya tidak puas hati di sini ialah dalam Rancangan Realiti Raja Lawak terbitan Astro baru-baru ini. Dimana salah seorang pesertanya ialah Amir, dari Kelantan. Oleh kerana dia dari Kelantan, maka tutur bicaranya memanglah akan berbunyi Kelantan. Tetapi para juri marah kat dia sebab cakap Kelantan. Dia tak faham. Eh, lantak kamulah nak faham ke tak. Kenapa peserta dari Kedah, Negeri Sembilan, Perak bebas je bertutur dalam dialek daerah masing-masing?

Bila si Amir bertutur dalam loghat Kelantan, marah kat amir, hentam dia kerana cakap dialek Kelantan sebab meraka tak faham. Huhuhu... Apalah ni... Ini memang tidak adil pun... Kalau semua peserta tidak dibenarkan bertutur dalam bahasa/loghat masing-masing xpe, ini tidak, para peaserta lain bebas ja menggunakan dialek masing-masing.

Sedangkan bila amir bertutur dalam dialek Kelantan, lakonannya bertambah baik dan menghiburkan. Tetapi jika dia bertutur dalam dialek standar, maka hambarlah dan tersekat-sekatlah dialognya. So, kesian budak Amir tu. Dia ok je bila bertutur dalam dialek Kelantan ni. tapi apakan daya, semua juri hentam dia.

Nampaknya, bukan sahaja kerajaan meraka hentam, sampai ke rancangan TV pun diorang hentam bila sebut je Kelantan. Apapun, kepada rakyat Kelantan, jangan lah kita merasa rendah diri. Kita punyai jatidiri tersendiri. Percakapan kita pun orang cemburui. Usahlah bersedih hati. Kalau ikutkan hati, memang tidak puas hati. Ingatlah, semuanya mencemburui kita orang Kelantan. GOMO KELATE GOMO!!!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Amir byr demo ko nak wat tubik artikel ni ..
Even sabri yunus jadi juri aritu pon dia geleng kepala..
demo keno pehe, lawak kenolah ada kualiti bukan lawak kampung semata2..
mmg kawe bangga sbb ada anak kelate naik pentas raja lawak, tp tindakan budak Amir tu seolah-olah memalukan suku sakat kelantan..
Kawe malu ada ore kelate seperti itu..
Jika di toleh kebelakang ada juga peserta raja lawak dari kelantan (raja lawak season 1).. dia ok, cukup matang dan tidak memalukan diri sendiri atas pentas utk digelakkan oleh orang ramai..
Jadi.. dalam bidang berbahasa, kita harus keno dengan tempat, penggunaan dan jugak audience yg kita hadap masa tu..

Tanpa Nama berkata...

masalahnya ckp kelate nya pekat..semua orang xfaham..ckp utara org faham dan ssedap didengar...harap faham2kan lah yea..