Blok C, merupakan salah satu Blok Kediaman Pelajar di Kolej Pertama. Pada masa saya mula-mula mendiami kolej Pertama, Abang Azizan selaku ketua blok telah berjaya membawa penghuni Blok C kepada aktiviti-aktivi yang dapat membina sahsiah diri. Syabas abang Azizan, anda sememangnya seorang ketua yang dedikasi.
Rupa asal Blok C, di atas gelanggang sepak takraw itulah kami adakan solat hajat. Kini dijadikan masjid.
Antara aktiviti yang beliau perkenal dan blok-blok lain tidak membuatnya ialah Program Solat Hajat Perdana yang diadakan setiap minggu. Pada setiap malam Jumaat di dataran blok. Kami menghampar tikar di atas dataran tersebut. Kadang-kadang, kami sediakan air minuman, makanan dan sebagainya. Majlis biasanya bermula selepas solat Isyak. Amat bagus dan menarik program tersebut. Sambutan dari penghuni blok amat menggalakkan, malah penghuni dari blok lain pun mengikutinya juga.
Setelah abang Azizan keluar dari kampus, legasinya diteruskan oleh kami, adik-adiknya. Saya tidak mahu program-program sebegitu lenyap dan berakhir sama dengan dirinya. Oleh itu, saya bekerjasama dengan sahabat-sahabat lain meneruskan aktiviti tersebut.
Maka setelah sekian lama, mulalah timbul ketidakpuasanhati dikalangan penghuni blok yang tidak mahu melihat suasana yang harmoni dan solehah di Kolej Pertama. Ada segelintir penghuni kolej yang iri hati dengan perpaduan yang saya dan sahabat-sahabat lain buat. Maklumlah, bila sahaja kami kumpul pelajar untuk solat hajat, bilangannnya makin bertambah saban minggu.
Justeru, terjadilah adengan berbahas telefon antara saya dan pegawai HEP pada masa itu. Dialognya telah saya rakamkan dalam artikel sebelum ini.
Allah Maha Adil dan Maha Kaya. Dia yang tentukan tiap perkara di langit dan di bumi. Hendak dijadikan cerita, masjid UTMKL hendak dirobohkan ntuk dibina masjid yang baru. Maka, masjid sementara perlu dibina untuk kegunaan pelajar dan staf di situ.
Apa yang membuat saya amat terharu apabila pihak UTM telah memilih dataran Blok C untuk dijadikan masjid sementara sekarang ini. Ya Allah...Engkau Maha Kaya. Bila masa ada sahabat yang memaklumkan pada saya akan maklumat tersebut, berlinangan airmata saya mengenangkan kelakuan pegawai HEP yang coba menghalang kami melakukan solat hajat di dataran yang sama 7 tahun dahulu.
Nah, sekarang terbukti, hikmah kami mengadakan solat hajat di dataran tersebut. Dengan kepayahan, dengan azam yang tinggi, dengan cabaran dari musuh-musuh agama. Kami teruskan jua. Alhamdulillah, berkat kami adakan solat hajat, Dataran Blok C dijadikan Masjid UTMKL.
Ruang dalam masjid, jika diperhatikan masih nampak pintu-pintu bilik pelajar Blok C. Di ruangan inilah kami menghampar tikar untuk solta hajat suatu ketika dahulu.
Kepada sahabat-sahabat saya yang sama-sama berjuang suatu ketika dahulu, kepada adik-adik yang mengikuti program-program kami dahulu, berkat kesabaran dan kegigihan kita semua, inilah hasilnya. Anda semua mampu bersyukur kehadrat Ilahi.
1 ulasan:
subhanallah...
moga kita akan sentiasa dalam lindungannya...ameeen..
Catat Ulasan