<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, September 04, 2009

PAS Jangan Jadi Tamak Kuasa

Email dari Ahmad Tarmizi

Sejak Adun Lunas Mohd Radzhi Salleh daripada PKR keluar parti, kita lihat ramai ahli-ahli PAS mula hilang keyakinan kepada pemimpin-pemimpin PKR. Banyak komen-komen yang dihantar mengambarkan hanya pemimpin-pemimpin daripada PAS sahaja yang layak menjadi teraju kepimpinan didalam Pakatan Rakyat.

Kita sebagai ahli dan penyokong PAS semestinya menyokong saranan dan komem-komen tersebut. Namun jangan kita lupa sebenarnya saranan dan komen-komen tersebut telah secara tidak langsung mengambarkan bahawa ahli, penyokong dan parti PAS sudah mula tamak akan sesuatu jawatan atau kuasa.

Tidak dinafikan memanglah PAS menyertai politik untuk mendapat kuasa, tetapi kuasa untuk apa? Kita kena lihat balik matlamat sebenar perjuangan kita, matlamat sebenar kita bukan semata-mata untuk mendapatkan pangkat, jawatan dan kuasa. Matlamat sebenar PAS untuk menegakkan Syariat Islam di muka bumi Malaysia ini.

Kalau jawatan, pangkat dan kuasa belum kita dapat lagi, tetapi sudah mula kita hendak bergaduh dan berebut mengenai siapa yang layak untuk mendapatkan sesuatu jawatan, pangkat atau kuasa, maka saya lihat matlamat sebenar kita (PAS) untuk menegakkan Syariat Islam itu mungkin akan terbantut.

Kita hendaklah melihat kembali bentuk kerjasama kita bergabung dalam PR, ianya hanyalah dalam bentuk tahaluf siasah. Matlamat sebenar kita bergabung adalah bagi memperlihatkan dakwah Islamiyyah kepada semua pihak baik kawan atau musuh Islam tentang keadilan sistem Islam itu dan memberi kefahaman kepada mereka supaya tidak keliru dan takut kepada Islam.

Dengan mempamerkan sikap kita suka merebut pangkat dan kuasa nampaknya orang lain baik kawan dan musuh akan melihat kita terlalu gila dan tamakkan kuasa.

Oleh itu, ahli dan penyokong PAS disarankan jangan terlalu melampau dalam mengeluarkan kekecewaan terhadap rakan kita dalam PR. Mungkin sesetengah pemimpin mereka yang masuk kedalam parti-parti tersebut hanyalah untuk agenda-agenda tertentu dan kepentingan mereka masing-masing.

Saya menyeru kepada diri saya dan semu ahli PAS, hendaklah ikhlas dalam perjuangan Islam ini, dan perbetulkan niat kita masing agar kita tidak dituduh gilakan dan tamakan kuasa. Baik kita kalah atau menang yang penting perjuangan untuk menegakkan Syariat Islam mesti diteruskan. Baik kita dapat memiliki kuasa atau tidak, Islam mesti diutamakan.

Ingatlah pesan Rasullah SAW " Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki anak pamanku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang berambisi memperolehnya."(riwayat Muslim)

Kita serah kebijaksaan pemimpin-pemimpin PAS untuk menentukan dengan siapa perlu kerjasama atau sebaliknya. Dan seterusnya, kita berserah kepada Allah untuk menolong pemimpin kita bagi menegakkan Syariat Islam di muka bumi Malaysia ini.

Tiada ulasan: