<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Rabu, September 09, 2009

UMNO = United Munafik National Organisation

Email dari Ahmad Tarmizi

Isu Kuil Hindu dan demontrasi kepala lembu di Seksyen 23, Shah Alam jelas menampakkan kemunafikan umno. Mereka kononnya beriya-iya sangat hendak memperjuangkan Islam, tapi sebenarnya mereka yang tidak mahu kepada Islam. Mereka ini berselindung disebalik topeng NGO-NGO melayu.

Saya merasa jijik dengan perbuatan mereka ini. Pelik..? Semasa mereka memerintah Selangor dahulu, kita tidak nampak hendak mereka bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sistem Islam.

Puak mereka ini (Umno) sebenarnya tidak memahami tentang agama Islam. Umno yang sebenarnya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik. Jika mereka ikhlas untuk melaksanakan sistem Islam, kenapa pemohonan Kelantan hendak melaksanakan sistem perundangan Islam (Hudud) pada tahun 1990-an, mereka tolak!!?

Sekarang mereka melalak tepi jalan kononnya hendak kepada Hudud. Ini adalah kerja-kerja orang munafik!!! Kenapa mereka tidak melalak ditepi jalan dan marah kepada Kerajaan Persekutuan kerana tidak membenarkan Kelantan untuk melaksanakan Hudud..? Ini jelas menunjukkan mereka ini bermuka-muka.

Berkenaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, cuba kita lihat di Kelantan. Semasa tumbangnya kerajaan Umno di Kelantan, Kerajaan APU pada masa itu tidak meruntuhkan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam. Dan sekarang di Kelantan, walaupun rakyatnya 90% lebih berugama Islam namun disana terdapat Patung Budha terbesar di Asia Tenggara.

Dalam sejarah Islam, semasa pembukaan Kota Jerussalam pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab dan Panglima Salahuddin Al-Ayubbi, mereka tidak meruntuhkan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam. Kerajaan Islam pada masa itu menjaga hak berugama kepada orang-orang bukan Islam.

Mereka tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Mereka lebih menekankan kepada memberi keadilan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Dengan itu, orang bukan Islam akan tertarik kepada Islam.

Orang-orang umno jahil tentang hal ini ataupun mereka buat-buat tak tahu? WaAllahhua'lam..

Namun yang sebenarnya mereka ingin sengaja memcetuskan huru-hara antara agama di Selangor. Mereka suka memecah-belahkan perpaduan untuk kepentingan politik murahan mereka. Kerja-kerja memecah-belahkan perpaduan ini adalah kerja orang-orang munafik sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ketua mereka (UMNO) pada masa itu adalah Abdullah Bin Ubai.. dan sekarang diambil-alih oleh.... lu fikirlah sendiri!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita jgn tuduh orang munafik selagi xda bukti..nawaitu oarang mana kita tahu..jgn disangka orang xda lebai dikepala tue munafik..jgn fanatik sgt dgn politik..yang x betul tetap xbetul, yg betul tetap betul walaupun susah nk terima..apa2 pun kita kembali pada akarnya iaitu hukum allah..

Tanpa Nama berkata...

Firman Allah SWT :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim (QS. Al Hujurat: 11)

Tanpa Nama berkata...

Jika anda mengatakan seorang islam itu musyrik maksudnya kamu mengkafirkannya kerana Musyrikin itu Kafir. Ada beberapa hal pokok yang menguatkan bahwa kaum musyrikin itu kafir dan kedudukannya lebih rendah dari ahli ktiab, yahudi dan nasrani.

Kafir mengkafirkan orang islam yg lain adalah termasuk kezaliman yang membinasakan. Nabi SAW bersabda :
Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian (HR. Bukhari)

Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya, “Wahai Kafir!”, maka hal ini akan kembali kepada salah seorang daripada kedua-duanya (HR. Bukhari)

Imam al-Ghazali telah berkata dalam kitabnya Al-Iqtishad fil ’tiqad:
Sesuatu yang patut kita berhati-hati adalah masalah pengkafiran, selagi masih ada jalan untuk berhati-hati. Karena menghalalkan darah dan harta orang yang shalat menghadap kiblat dan yang menyatakan kalimat “Laa ilaaha illalloh” adalah suatu kesalahan.

Mengkafirkan seorang muslim yang lain diumpamakan dengan membunuhnya, sebagaimana dikatakan oleh Al ‘Alla’ bin Ziyad, seorang tabi’in :
“Tidak ada bedanya antara kamu mengkafirkan seorang muslim dengan membunuhnya"