<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Khamis, April 30, 2009

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH




Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Siapa Kata Islam Itu Susah?

Sebuah renungan untuk wanita...

Siapa kata memakai tudung labuh menghalang kita untuk bersokan? Islam tidak pernah menghalang pemeluk-pemeluknya untuk bergiat aktif dalam sokan, tetapi mestilah mengikut adab-adab yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sebagai contoh, memakai pakaian yang menutup aurat, tidak bercampur lelaki dan perempuan, tidak melalaikan, jika perempuan sahaja, maka khusus untuk perempuan.

Ini tidak, jika di kolam renang dan gelanggang-gelanggang yang melibatkan wanita, maka ramailah para penonton lelaki menyaksikan pertunjukan atlet-atlet wanita. Mana tidaknya, sebab atlit wanita berpakaian, tetapi telanjang. Memakai pakain yang ketat, tidak memakai tudung, dan tidak menutup aurat dengan betul. Ini tidak boleh sama sekali berlaku. Para wanita haruslah sedar akan perkara ini, jangan hanya mahu bersokan tetapi mengabaikan prinsip dan maruah diri sebagai seorang wanita.

Rujuk gambar di bawah ini.





Kepada semua wanita, tepuk dada, tanyalah Islam dalam diri...Amin...





Islam tidak susah, hanya kita yang menyusahkan diri kita sendiri.
(Rujuk Surah An-Nur,31)

Sampaikan Salamku...






Rabu, April 29, 2009

Janji Allah Pasti Berlaku




"Mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran (kuliah-kuliah, majlis-majlis ilmu) dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri sedang mereka tidak menyedarinya" Al-An'aam 26.

Sedari dulu lagi kegiatan melarang umat Islam dari mendapat ilmu agama di halang oleh golongan-golongan yang menentang Islam dari berkembang biak di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi mengikut maksud ayat di atas, sudahlah mereka menghalang orang dari mendengar, mereka sendiri tidak cuba untuk mendengarkan ilmu agama. Inilah hakikat dan realiti pada hari ini.

Lebih malang lagi, golongan alim ulamak diketepikan, seolah-olah tidak mahu guna langsung idea dan pemikiran mereka. Bila mereka akan diperlukan? Bila ada kematian dan bila ada musibah yang melanda sesebuah keluarga, maka ketika itu mereka akan berendah diri lah dengan ustaz, imam dan lain-lain untuk membaca talqin, solat hajat dan sebagainya.

Demikianlah umat manusia pada hari ini yang tidak serik-serik melawan Allah SWT saban waktu. Dari pucuk pimpinan kerajaan sehinggalah kepada rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setiap detik kita berada dalam maksiat kepada Allah SWT. Sedangkan dah berbuih mulut para ustaz, ulamak menyebarkan dakwah, namun sekadar mencurahkan ai ke daun keladi. "Ibarat air di daun keladi, walaupun bergenang tetapi tak meninggalkan bekas". Begitulah diibaratkan.

Allah SWT tidak pernah lupa akan hambanya sama ada hambanya taat atau hambanya maksiat pada-Nya. Maka diturunkanlah bala yang sehingga kini tidak teryanggung oleh manusia untuk mengatasinya. Kemurungan ekonomi, kemelesetan kesihatan, kesangsian pendidikan, kelemahan akhlak dan sosial masyarakat, dan lain-lain lagi yang melanda negara pada hari ini. Ekoran sikap dan tindak tanduk manusia itu sendiri.

Maka berfikirlah segala pakar ekonomi, pakar pendidikan, pakar kesehatan, pakar perundangan dan pakar-pakar yang makan di pinggan dan minum di cawan dan tidur di tilam untuk mengatasi masalah yang sering meningkat ke tahap memberangsangkan ini. Apa yang menariknya di sini, apakah sumber pemikiran mereka? Apakah panduan utama mereka?

Bila direnungkan, Allah SWT telah menghantar seorang Rasul beserta sebuah buku sebagai panduan dalam setiap inci kehidupan, jika diikuti panduan Rasul dan buku (Al-Quran) tersebut, nescaya kita semua akan selamat dunia & akhirat. Tetapi amat malang bagi sesebuah pemerintahan yang enggan menggunakan Al-Quran sebagai panduan dalam menentukan cara dan hukum dalam pemerintahannya.

Oleh yang demikian, maka tunggulah bala Allah yang akan menimpa kita jika kita masih lagi engkan akan arahan pemilik kerajaan langit dan bumi!. HIV, AIDS, selsema burung, selsema babi, kemelesetan ekonomi, cuaca dunia panas, manusia makin jahat, gejala sosial makin teruk, dan pelbagai masalah kalau dibilang sama banyak dengan jumlah masyarakat dunia hari ini.

Janganlah kita melihat apa yang berlaku dalam negara kita pada hari ini sebagai fenomena alam, masalah masyarakat dan sebagainya, kita sebagai orang yang berugama Islam wajib melihat segala apa yangberlaku ini adalah sebuah bala dai Allah. Mesti ada yang tidak kena dengan ketaatan kita kepada Allah dalam kehidupan kita sharian. Sama ada di peringkat pemerintah atau di peringkat rakyat jelata.

Tidak perlu mengusik jauh. Cuba utarakan soalan berkaitan solat, berapa ramaikah penjawat awam dalan negara kita yang tidak mengerjakan solat? Berapa ramaikah pekerja sektor swasta di negara yang tidak mengerjakan solat? Adakah para pemerintah benar-benar taat pada perintah Allah? Itu tidak diambil kira adakah solat mereka betul atau tidak? Jelas kepada kita, solat merupakan tiang agama, jika kita tidak solat, maka kita telah meruntuhkan agama, kerana kita semua telah meruntuhkan agama dengan tidak solat, adakah Allah mahu menolong kita lagi? Beringatlah semua bahawa dunia ini 'hidup' kerana masih ada lagi hamba-hamba-Nya yang bersolat.

Seterusnya, utarakan pula soalan berkaitan menutup aurat.
Berapa ramaikah masyarakat dalam negara kita yang tidak menutup aurat? Tepuk dada, tanyalah Islam dalam diri kita masing-masing. (Rujuk Ayat 31, Surah An-Nur)

Ayuhlah wahai saudaraku, takutlah kepada azab dan bala Allah kerana jika bala Allah datang, tiada satu makhluk pun dapat menahannya. Dan jika rahmat Allah datang, juga tiada satu makhluk pun dapat mengagalkannya. JANJI ALLAH PASTI BERLAKU.


Ayuh, Segerakanlah Mengerjakan Solat...


Sabtu, April 25, 2009

Ayuh Oghe Kito!!!.....Jadikan Pengajaran!!!....



Kelantan sudah kalah. Jangalah berputus asa, sebaliknya jadilah ia pengajaran yang amat bermakna dalam hidup kita sebagai hamba Allah SWT. Muhasabahlah diri kita kepada Allah SWT. Adakah kita sudah selesai semua tuntutan yang diamanhkan oleh Allah?

Pertama sekali, soal solat para penyokong dan para pemain kita? Adakah sudah selesai? Yang kedua, soal pakaian para pemain kita, adakah pakaian menutup aurat? Harus didingat, keredhaan Allah adalah penting dalam mengharungi setiap pekerjaan dalam seharian.

Dalam kita melakukan setiap pekerjaan, harus diingat bahawa semuanya sudah ditentuka oleh Allah SWT. Oleh itu, setiap apa yang dilakukan mestilah menurut apa yang disyariatkan oleh Allah. Kita sebagai hamba wajib menuruti segala suruhan dan larangan-Nya.

Jika kita tidak mengerjakan solat dan tidak menutup aurat semasa bermain, mana mungkin Allah akan menolong kita daalm setiap pekerjaan yang kita buat? Memang benar, pasokan lawan pun tidak menutup aurat juga, tetapi harus diingat, kekalahan adalah satu wasilah untuk kita bermuhasabah setiap kesilapan kita kepada Allah.

Jika kita solat dan menutup aurat tetapi kalah juga, ingatlah bahawa kita mendapat pahala disisi Allah, tetapi jika kita menang, tetapi kita tidak mengerjakan solat dan tidak menutup aurat, kita akan mendapat dosa dari Allah. Tepuk dada, tanyalah ISLAM dalam dada kita.

Ayuh sahabat-sahabatku, dirikanlah solat dan tutuplah aurat dalam pekerjaan kita seharian. Keberkatan menanti kita semua. Insya Allah.

Membangun Bersama Islam.

Tazkirah Jumaat: Adakah Malam Pertama Itu Indah Dan Mengasyikkan?

daripada wasilah online...renung-renungkanlah...

Tazkirah Jumaat: Adakah Malam Pertama Itu Indah Dan Mengasyikkan?
Ibnu Mustafa | Friday, 24 April 2009

"Bila Malam Menjelma.. Memayungi Semesta.. Tercipta Rasa yang Terindah!"

Al-Bakabi, 24 April 2009: Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima satu email yang telah diforwardkan oleh seorang sahabat yang berjaya menjentik hati dan rasa.

Biasanya saya tidak begitu berminat membaca email-email yang diforward atau email-email berantai, tetapi email yang satu ini sesungguhnya telah menggugah jiwa saya. Ia tentang malam pertama!!

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan.

Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin.

Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 28 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam inilah yang menjadi isi kandungan email tersebut. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah engkau melihat kuburan?, Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?, Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?, Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?, Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Mati

"Apakah malam pertama kita di alam kubur nanti asyik dan nikmat atau penuh derita dan sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.

Malam yang kerananya para ulama serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan?

Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Air Mata Keinsafan

"Last Breath.."

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya.

Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." - Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100.

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah SWT!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kewajipan

Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak.. Amieenn Ya Rabbal ‘Alamieenn..

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Jumaat, April 24, 2009

Kepada sahabatku, walau di mana anda berada, kenang daku dalam doamu - Mr. President.

Khamis, April 23, 2009

resepi kek lapis sarawak

harap2 sahabat2 blh try resepi ni...resepi ni hasil daripada tunjuk ajar sahabat kita cikgu hayazi kepada saya...

Bahan-bahan asas

1) Butter cut =500 gram (2 keping).blh jgk guna majerin@daisy tp kurang sedap
2) Gula halus = 11/2 cawan
3) Ovalet special (warna oren) = 1 sudu
4) Golden syrup (warna kehitaman) = 1 sudu
5) Serbuk penaik = 1 sudu
6) Telur = 10 biji
7) Tepung gandum = 2 cawan

Bahan tambahan
* Chocolate emalko
* Chocolate rice...tabur pada lapisan adunan biasa utk chocolate
* Biskut meri @ tiger ke apa ke yang sedap-sedap....
* Gambir utk perisa masam manis
* Keju parut... utk perisa cheass

Langkah-langkah
1) Bahan 1 dan 2 gaul sekali...kacau hingga kembang
2) Masukkan bahan 3, 4, 5 dan kacau

3) Masukkan telur (kacau dulu biar kembang baru campur)
4) Masuk tepung gandum (kacau biar nampak cantik.....)
5) Ok settle adunan asas....


Utk masam manis

• Adunan sama tapi kat gandum tu 1 cawan gandum, 1 cawan biskut...
• Chocolate emalko tukar ngan sirap
• Guna gambir ganti chocolate rice


Utk Cheass

• X payah bagi dua adunan
• X pakai chocolate rice ngan chocolate emalko
• Pakai keju parut



Suhu = 190ºC
Api atas...Lapisan 1 api atas bawah

Rabu, April 22, 2009

Hish!!! Duk Diam2, Tokleh Kecek!!!



Salahkah kita bila bercakap soal Islam di mana-mana hatta di tempat kerja? Salahkah kita ber'kecek' soal suruhan agama, arahan-arahan dalam Al-Quran di mana-mana hatta di tempat kerja? Cuba renungkan wahai saudar-sadaraku yang mengaku beragama Islam dan berTuhankan Allah SWT.

Kita sebenarnya dibelenggu oleh satu pemahaman bahawa bila kita bercakap atau ber'kecek'-'kecek' soal agama Islam yang suci, kita akan dicop atau dilabel sebagai penyokong parti pembangkang seperti PAS & PKR. Itulah realitinya sekarang ini. "Sshhh....cakap slow2 skit, nati orang lain dengar!!!" Itulah yang selalu terjadi dalam drama di tempat kerja.

Realitinya, adakah 'orang lain' itu bukan Islam? Salahkah kita cakap menyokong orang yang tidak mahu menerima pakai hukum dalam Al-Quran itu HARAM? Sedangkan sudah jelas dalam Al-Quran. Sebenarnya kita takut pada bayang-bayang kita sendiri ekoran keegoaan kita untuk menerima hakikat bahawa segala hukum pemerintahan yang termaktub dalam Al-Quran itulah yang sewajarnya kita patuhi.

Lebih malang lagi, bila bercakap soal agama sikit, dilabel sebagai terlibat dalam politik kepartian. Apa ni? Tak bolehkah bercakap soal agama? "Sampaikan olehmu walau satu ayat". Suma maklum akan maksud kata-kata tersebut. Tetapi di tahap mana kita mengamati maksud kata-kata tadi? Kalau semua takut yang bercakap soal agama?

Adakah bos kita itu orang yang tidak tahu agama sehinggakan menekan para pekerjanya jagan bercakap-cakap soal agama? Kalu bercakap soal-soal yang 'lagha', yang lalai dari meningati Allah itu dibolehkan pula. Tidak takut pulak nk bercakap perkara-perkara 'lagha'?

Oleh yang demikian, semua pihak baik drai atas hingga ke bawah haruslah sedar akan tuntutan ugama yang kita anuti ini dengan sebenar-benarnya. Semuga kita semua mendapat rahmat-Nya sepanjang kita bekerja.

Selasa, April 21, 2009

'Syabas' To President Mahmoud Ahmadinejad



From Aljazeera News

....Delegates' protest

Dozens of delegates walked out of the UN conference on racism on Monday after Ahmadinejad, Iran's president, called Israel a "racist government".

Ahmadinejad told delegates at the summit in Geneva on Monday that after the second world war the US and other nations had established a "cruel, oppressive and racist regime in occupied Palestine".

"The UN security council has stabilised this occupation regime and supported it in the last 60 years giving them a free hand to continue their crimes," he said at the Durban Review Conference hall on Monday.

Dozens of diplomats from countries including Britain and France left the hall in protest as he made the remarks.

Many delegates who remained in the hall applauded Ahmadinejad's comments.


More news : http://english.aljazeera.net

Panduan Solat Qasar & Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.1 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)


Isnin, April 20, 2009

Lawatan Dato' Timbalan Menteri Besar


DABONG : YB. Dato' Hj. Ahmad Bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan telah sudi menyempurnakan Majlis Bersama Pemimpin di Dabong. Majlis itu telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Dabong pada 9 April 2009 yang lalu. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan hasrat kerajaan dan memaklumkan bahawa pihak kerajaan sentiasa cakna pada rakyat dan tidak mengabaikan kebajikan rakyat.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah YB. Dr. Mohd. hatta B Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, YB. Arifabillah B Ibrahim, ADUN Dabong, Setiausaha Sulit Khas Timbalan Menteri Besar, Pegawai Khas Timbalan Menteri Besar, Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Setiausaha Majlis Daerah Dabong serta Penggawa Daerah Dabong.

Majlis yang dianjurkan Pejabat Timbalan Menteri Besar itu juga melibatkan beberapa agensi kerajaan yang membuat pameran dan aktiviti seperti ujian pemeriksaan kesihatan yang dikelolakan oleh Pejabat Kesihatan Dabong, pameran pencegahan jenayah oleh Polis Diraja Malaysia, serta aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar sekolah yang dikelolakan oleh Perpustakaan Awam Negeri Kelantan.

Seramai 20 orang oenduduk sekitar Dabong telah terpilih untuk menerima geran hakmilik tanah yang disampaikan oleh YB. Dato' Timbalan Menteri Besar. Dalam pada itu, seramai 120 orang penduduk miskin & warga emas tempatan terpilih untuk menerima sumbangan daripada YB. Dato' Timbalan Menteri Besar.

Syabas dan tahniah pada semua yang telah bertungkus-lumus mengadakan majlis ini dengan jayanya.

Wahai Isteriku...

Ahad, April 19, 2009

Aku & Kenangan

Kepada sahabat-sahabatku,
Sesungguhnya kita bertemu kerana Allah dan kita terpisah kini adalah kerana Allah jua. Semuga saudara/saudari semua terus beristiqamah dengan apa yang kita pernah janjikan dulu. Doa daku sentiasa mengiringi kalian semua. Kenangan pahit manis bersama kalian semua, tidak akanku lupakan. Ingat pesanku, jaga baik dirimu sendiri.


































Sabtu, April 18, 2009

Alahai Bolasepak Liga DUN...

April datang lagi, maka Pihak Urusetia DUN di setiap Dun Negeri Kelantan sedang sibuk menganjurkan Kejohanan Bolasepak Liga Dun yang merupakan acara tahunan bagi menarik golongan-golongan muda ke arah aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Maka hampir setiap petang terutamanya petang hujung minggu amat meriahlah di padang-padang utama di setiap dun dengan sorakan dan teriakan para penyokong pasokan masing-masing. Amanat meriah sekali, penganjur hampir tersenyum lebar dengan kejayaanya menganjurkan kejohanan tersebut.

Apa yang saya nak ketengahkan di sini ialah penganjurnya ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) setiap dun di negeri Kelantan. Memang bagus dan bijak cara pendekatannya itu. Tahniah diucapkan. Cuma, apakah kita semua sedar? Dalam kesibukan kita merencanakn program dan aktiviti, soal tuntutan agama adalah perlu diberi perhatian.

Perkara pokok yang saya ingin utarakan sebagai perbincangan ialah soal pemakaian para pemain bolasepak berkenaan. Saya sempat menjenguk perlawanan yang diadakan, amat sedih sekali apabila para pemain memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Adakah penganjur sedar isu ini? Apakah hukumnya? Apakah hukum bagi penganjur yang menganjurkannya?

Cubalah direnung-renungkan. PAS yang menganjurkan, tetapi adakah kita sebagai pendokongnya hanya mampu melihat sahaja acara yang kita anjurkan berbaur dengan maksiat?

Sama-samalah kita renung dan fikir-fikurkan. Apakah tindakan yang sewajarnya diambil. Membangun Bersama Islam!!! Takbir!!!

Jumaat, April 17, 2009

Bekerjalah Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab

1. KONSEP KERJA DALAM ISLAM

Kerja merupakan ibadah

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan
diri kepada Ku"
[Adz Dzaariyat (51): 56]

Mencari rezeqi yang halal untuk diri dan keluarga serta tanggungan kita adalah suatu kewajipan

"Sesungguhnya Allah sangat cinta kepada orang mu'min yang
berkerja" (Hadith)

Nabi Isa (a.s.) diriwayatkan telah melihat seorang lelaki langsung
Baginda bertanya, "Apakah yang anda lakukan?" Dia menjawab,
"Saya sedang menyembah Tuhan".

Nabi Isa (a.s.) bertanya lagi,
"Siapakah yang memberi keperluan anda?" Dia menjawab, "Saudara
saya". Maka Nabi Isa (a.s.) menjawab, "Saudara anda menyembah
Tuhan lebih dari anda."

Dari konsep di atas, terdapat lima implikasi.

* Ada sekurang-kurangnya tiga jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah.
Pertama, ia mendapat balasan dalam bentuk material.
Kedua, ia mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana telah menyelesaikan kerjanya.
Ketiga, mendapat pahla untuk hari akhirat kelak.

* Kedua, ia akan diransang dengan kuat untuk berkerja. Sudah tentu hasil kerjanya lagi baik.

* Dia boleh jadi orang yang proaktif, disiplin, boleh dipercayai dan teratur dan lain-lain.

* Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran, termasuk
perkara-perkara yang tidak bermoral.

* Ia boleh menjadi seorang pekerja yang berprestasi tinggi.



2. ETIKA KERJA ISLAM

2.1 Manusia melakukan dua jenis fungsi dalam konteks kerja:

* bertindak atas dunia di sekelilingnya

* menggunakan apa yang terdapat di dalam dunia untuk menghasilkan sesuatu

2.2 Kedua-dua jenis fungsi ini terangkum dalam etika kerja Islam.

2.3 Umumnya, kerja yang dilaksanakan menurut Syariah ialah suatu bentuk jihad and tidak
boleh diasingkan daripada keagamaan atau spiritual. Ini berdasarkan firman Allah di dalam
Surah Al-Maidah, ayat 1 yang bermaksud,

"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu tunaikan segala janji kamu"

Janji yang dimaksudkan ini termasuklah segala jenis kerja yang kita lakukan. Oleh itu, kita tidak boleh lari dari kehendak syariah dalam apa juga perkara yang kita lakukan.

2.4 Etika kerja Islam hendaklah menggabungkan antara kerja, sembahyang dan waktu lapang. Itu sebabnya, setiap yang kita lakukan harus ada hubungan atau dipengaruhi
oleh syariah. Maka

* kerja itu pasti dianggap sebagai ibadah

* bersifat sederhana atau qanaah

* wujud keadilan antara majikan dan pekerja supaya segala upah itu benar-benar halal

* tidak boleh menceburkan diri dalam sebarang kerja yang menghasilkan perkara yang haram

* harus ada kesepaduan antara tujuan ekonomi dan etika

* semua aspek kerja harus selaras dengan syariah



3. PERANAN PEKERJA

Sayyidina Ali ibn Abi Talib (k.w.) ketika menjadi khalifah keempat telah ditanya oleh salah seorang rakyatnya, "Mengapakah semasa Omar Al-Khattab menjadi khalifah dahulu, negara kita begitu aman sekali, rakyat dapat hidup dalam keadaan sejahtera dan selamat, tetapi semasa
tuan menjadi khalifah, negara kita begitu huru-hara sekali, peperangan sesama kita juga berlaku?" Jawab Sayyidina Ali, "Semasa Omar Al-Khattab menjadi khalifah, rakyatnya adalah terdiri dari orang-orang seperti saya, tetapi masa saya jadi khalifah rakyat adalah terdiri dari
orang-orang seperti engkau".

3.1 Daripada jawapan Sayyidina Ali ibn Talib itu, kita boleh buat beberapa kesimpulan:

* Pekerja mempunyai peranan dalam organisasi untuk melakukan segala tugasnya dengan
baik

* Mereka harus mengetahui tujuan dan matlamat organisasi

* Mereka harus mengetahui had mereka

* Mereka harus patuh kepada pemimpin mereka

* Mereka harus memahami bahawa pemimpin mempunyai hak membuat keputusan, walau
pun Islam menentukan amalan syura

* Setiap orang dalam organisasi bertanggungjawab untuk menentukan kejayaan organisasi
dan bukan terserah kepada pemimpin semata

Sebuah Pertemuan