<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Isnin, April 20, 2009

Lawatan Dato' Timbalan Menteri Besar


DABONG : YB. Dato' Hj. Ahmad Bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan telah sudi menyempurnakan Majlis Bersama Pemimpin di Dabong. Majlis itu telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Dabong pada 9 April 2009 yang lalu. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan hasrat kerajaan dan memaklumkan bahawa pihak kerajaan sentiasa cakna pada rakyat dan tidak mengabaikan kebajikan rakyat.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah YB. Dr. Mohd. hatta B Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, YB. Arifabillah B Ibrahim, ADUN Dabong, Setiausaha Sulit Khas Timbalan Menteri Besar, Pegawai Khas Timbalan Menteri Besar, Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Setiausaha Majlis Daerah Dabong serta Penggawa Daerah Dabong.

Majlis yang dianjurkan Pejabat Timbalan Menteri Besar itu juga melibatkan beberapa agensi kerajaan yang membuat pameran dan aktiviti seperti ujian pemeriksaan kesihatan yang dikelolakan oleh Pejabat Kesihatan Dabong, pameran pencegahan jenayah oleh Polis Diraja Malaysia, serta aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar sekolah yang dikelolakan oleh Perpustakaan Awam Negeri Kelantan.

Seramai 20 orang oenduduk sekitar Dabong telah terpilih untuk menerima geran hakmilik tanah yang disampaikan oleh YB. Dato' Timbalan Menteri Besar. Dalam pada itu, seramai 120 orang penduduk miskin & warga emas tempatan terpilih untuk menerima sumbangan daripada YB. Dato' Timbalan Menteri Besar.

Syabas dan tahniah pada semua yang telah bertungkus-lumus mengadakan majlis ini dengan jayanya.

Tiada ulasan: