Kelantan sudah kalah. Jangalah berputus asa, sebaliknya jadilah ia pengajaran yang amat bermakna dalam hidup kita sebagai hamba Allah SWT. Muhasabahlah diri kita kepada Allah SWT. Adakah kita sudah selesai semua tuntutan yang diamanhkan oleh Allah?
Pertama sekali, soal solat para penyokong dan para pemain kita? Adakah sudah selesai? Yang kedua, soal pakaian para pemain kita, adakah pakaian menutup aurat? Harus didingat, keredhaan Allah adalah penting dalam mengharungi setiap pekerjaan dalam seharian.
Dalam kita melakukan setiap pekerjaan, harus diingat bahawa semuanya sudah ditentuka oleh Allah SWT. Oleh itu, setiap apa yang dilakukan mestilah menurut apa yang disyariatkan oleh Allah. Kita sebagai hamba wajib menuruti segala suruhan dan larangan-Nya.
Jika kita tidak mengerjakan solat dan tidak menutup aurat semasa bermain, mana mungkin Allah akan menolong kita daalm setiap pekerjaan yang kita buat? Memang benar, pasokan lawan pun tidak menutup aurat juga, tetapi harus diingat, kekalahan adalah satu wasilah untuk kita bermuhasabah setiap kesilapan kita kepada Allah.
Jika kita solat dan menutup aurat tetapi kalah juga, ingatlah bahawa kita mendapat pahala disisi Allah, tetapi jika kita menang, tetapi kita tidak mengerjakan solat dan tidak menutup aurat, kita akan mendapat dosa dari Allah. Tepuk dada, tanyalah ISLAM dalam dada kita.
Ayuh sahabat-sahabatku, dirikanlah solat dan tutuplah aurat dalam pekerjaan kita seharian. Keberkatan menanti kita semua. Insya Allah.Pertama sekali, soal solat para penyokong dan para pemain kita? Adakah sudah selesai? Yang kedua, soal pakaian para pemain kita, adakah pakaian menutup aurat? Harus didingat, keredhaan Allah adalah penting dalam mengharungi setiap pekerjaan dalam seharian.
Dalam kita melakukan setiap pekerjaan, harus diingat bahawa semuanya sudah ditentuka oleh Allah SWT. Oleh itu, setiap apa yang dilakukan mestilah menurut apa yang disyariatkan oleh Allah. Kita sebagai hamba wajib menuruti segala suruhan dan larangan-Nya.
Jika kita tidak mengerjakan solat dan tidak menutup aurat semasa bermain, mana mungkin Allah akan menolong kita daalm setiap pekerjaan yang kita buat? Memang benar, pasokan lawan pun tidak menutup aurat juga, tetapi harus diingat, kekalahan adalah satu wasilah untuk kita bermuhasabah setiap kesilapan kita kepada Allah.
Jika kita solat dan menutup aurat tetapi kalah juga, ingatlah bahawa kita mendapat pahala disisi Allah, tetapi jika kita menang, tetapi kita tidak mengerjakan solat dan tidak menutup aurat, kita akan mendapat dosa dari Allah. Tepuk dada, tanyalah ISLAM dalam dada kita.
Membangun Bersama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan