<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Rabu, April 29, 2009

Janji Allah Pasti Berlaku




"Mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran (kuliah-kuliah, majlis-majlis ilmu) dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri sedang mereka tidak menyedarinya" Al-An'aam 26.

Sedari dulu lagi kegiatan melarang umat Islam dari mendapat ilmu agama di halang oleh golongan-golongan yang menentang Islam dari berkembang biak di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi mengikut maksud ayat di atas, sudahlah mereka menghalang orang dari mendengar, mereka sendiri tidak cuba untuk mendengarkan ilmu agama. Inilah hakikat dan realiti pada hari ini.

Lebih malang lagi, golongan alim ulamak diketepikan, seolah-olah tidak mahu guna langsung idea dan pemikiran mereka. Bila mereka akan diperlukan? Bila ada kematian dan bila ada musibah yang melanda sesebuah keluarga, maka ketika itu mereka akan berendah diri lah dengan ustaz, imam dan lain-lain untuk membaca talqin, solat hajat dan sebagainya.

Demikianlah umat manusia pada hari ini yang tidak serik-serik melawan Allah SWT saban waktu. Dari pucuk pimpinan kerajaan sehinggalah kepada rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setiap detik kita berada dalam maksiat kepada Allah SWT. Sedangkan dah berbuih mulut para ustaz, ulamak menyebarkan dakwah, namun sekadar mencurahkan ai ke daun keladi. "Ibarat air di daun keladi, walaupun bergenang tetapi tak meninggalkan bekas". Begitulah diibaratkan.

Allah SWT tidak pernah lupa akan hambanya sama ada hambanya taat atau hambanya maksiat pada-Nya. Maka diturunkanlah bala yang sehingga kini tidak teryanggung oleh manusia untuk mengatasinya. Kemurungan ekonomi, kemelesetan kesihatan, kesangsian pendidikan, kelemahan akhlak dan sosial masyarakat, dan lain-lain lagi yang melanda negara pada hari ini. Ekoran sikap dan tindak tanduk manusia itu sendiri.

Maka berfikirlah segala pakar ekonomi, pakar pendidikan, pakar kesehatan, pakar perundangan dan pakar-pakar yang makan di pinggan dan minum di cawan dan tidur di tilam untuk mengatasi masalah yang sering meningkat ke tahap memberangsangkan ini. Apa yang menariknya di sini, apakah sumber pemikiran mereka? Apakah panduan utama mereka?

Bila direnungkan, Allah SWT telah menghantar seorang Rasul beserta sebuah buku sebagai panduan dalam setiap inci kehidupan, jika diikuti panduan Rasul dan buku (Al-Quran) tersebut, nescaya kita semua akan selamat dunia & akhirat. Tetapi amat malang bagi sesebuah pemerintahan yang enggan menggunakan Al-Quran sebagai panduan dalam menentukan cara dan hukum dalam pemerintahannya.

Oleh yang demikian, maka tunggulah bala Allah yang akan menimpa kita jika kita masih lagi engkan akan arahan pemilik kerajaan langit dan bumi!. HIV, AIDS, selsema burung, selsema babi, kemelesetan ekonomi, cuaca dunia panas, manusia makin jahat, gejala sosial makin teruk, dan pelbagai masalah kalau dibilang sama banyak dengan jumlah masyarakat dunia hari ini.

Janganlah kita melihat apa yang berlaku dalam negara kita pada hari ini sebagai fenomena alam, masalah masyarakat dan sebagainya, kita sebagai orang yang berugama Islam wajib melihat segala apa yangberlaku ini adalah sebuah bala dai Allah. Mesti ada yang tidak kena dengan ketaatan kita kepada Allah dalam kehidupan kita sharian. Sama ada di peringkat pemerintah atau di peringkat rakyat jelata.

Tidak perlu mengusik jauh. Cuba utarakan soalan berkaitan solat, berapa ramaikah penjawat awam dalan negara kita yang tidak mengerjakan solat? Berapa ramaikah pekerja sektor swasta di negara yang tidak mengerjakan solat? Adakah para pemerintah benar-benar taat pada perintah Allah? Itu tidak diambil kira adakah solat mereka betul atau tidak? Jelas kepada kita, solat merupakan tiang agama, jika kita tidak solat, maka kita telah meruntuhkan agama, kerana kita semua telah meruntuhkan agama dengan tidak solat, adakah Allah mahu menolong kita lagi? Beringatlah semua bahawa dunia ini 'hidup' kerana masih ada lagi hamba-hamba-Nya yang bersolat.

Seterusnya, utarakan pula soalan berkaitan menutup aurat.
Berapa ramaikah masyarakat dalam negara kita yang tidak menutup aurat? Tepuk dada, tanyalah Islam dalam diri kita masing-masing. (Rujuk Ayat 31, Surah An-Nur)

Ayuhlah wahai saudaraku, takutlah kepada azab dan bala Allah kerana jika bala Allah datang, tiada satu makhluk pun dapat menahannya. Dan jika rahmat Allah datang, juga tiada satu makhluk pun dapat mengagalkannya. JANJI ALLAH PASTI BERLAKU.


2 ulasan:

zulwaqar berkata...

SLM ZIARAH BUAT PRESIDEN.

DARIPADA :

http://ibnmumtaz82.blogspot.com/

Mr. President berkata...

Terima kasih atas kunjungan anda. Semuga ukhuwah berkekalan.