<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, April 17, 2009

Bekerjalah Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab

1. KONSEP KERJA DALAM ISLAM

Kerja merupakan ibadah

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan
diri kepada Ku"
[Adz Dzaariyat (51): 56]

Mencari rezeqi yang halal untuk diri dan keluarga serta tanggungan kita adalah suatu kewajipan

"Sesungguhnya Allah sangat cinta kepada orang mu'min yang
berkerja" (Hadith)

Nabi Isa (a.s.) diriwayatkan telah melihat seorang lelaki langsung
Baginda bertanya, "Apakah yang anda lakukan?" Dia menjawab,
"Saya sedang menyembah Tuhan".

Nabi Isa (a.s.) bertanya lagi,
"Siapakah yang memberi keperluan anda?" Dia menjawab, "Saudara
saya". Maka Nabi Isa (a.s.) menjawab, "Saudara anda menyembah
Tuhan lebih dari anda."

Dari konsep di atas, terdapat lima implikasi.

* Ada sekurang-kurangnya tiga jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah.
Pertama, ia mendapat balasan dalam bentuk material.
Kedua, ia mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana telah menyelesaikan kerjanya.
Ketiga, mendapat pahla untuk hari akhirat kelak.

* Kedua, ia akan diransang dengan kuat untuk berkerja. Sudah tentu hasil kerjanya lagi baik.

* Dia boleh jadi orang yang proaktif, disiplin, boleh dipercayai dan teratur dan lain-lain.

* Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran, termasuk
perkara-perkara yang tidak bermoral.

* Ia boleh menjadi seorang pekerja yang berprestasi tinggi.



2. ETIKA KERJA ISLAM

2.1 Manusia melakukan dua jenis fungsi dalam konteks kerja:

* bertindak atas dunia di sekelilingnya

* menggunakan apa yang terdapat di dalam dunia untuk menghasilkan sesuatu

2.2 Kedua-dua jenis fungsi ini terangkum dalam etika kerja Islam.

2.3 Umumnya, kerja yang dilaksanakan menurut Syariah ialah suatu bentuk jihad and tidak
boleh diasingkan daripada keagamaan atau spiritual. Ini berdasarkan firman Allah di dalam
Surah Al-Maidah, ayat 1 yang bermaksud,

"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu tunaikan segala janji kamu"

Janji yang dimaksudkan ini termasuklah segala jenis kerja yang kita lakukan. Oleh itu, kita tidak boleh lari dari kehendak syariah dalam apa juga perkara yang kita lakukan.

2.4 Etika kerja Islam hendaklah menggabungkan antara kerja, sembahyang dan waktu lapang. Itu sebabnya, setiap yang kita lakukan harus ada hubungan atau dipengaruhi
oleh syariah. Maka

* kerja itu pasti dianggap sebagai ibadah

* bersifat sederhana atau qanaah

* wujud keadilan antara majikan dan pekerja supaya segala upah itu benar-benar halal

* tidak boleh menceburkan diri dalam sebarang kerja yang menghasilkan perkara yang haram

* harus ada kesepaduan antara tujuan ekonomi dan etika

* semua aspek kerja harus selaras dengan syariah



3. PERANAN PEKERJA

Sayyidina Ali ibn Abi Talib (k.w.) ketika menjadi khalifah keempat telah ditanya oleh salah seorang rakyatnya, "Mengapakah semasa Omar Al-Khattab menjadi khalifah dahulu, negara kita begitu aman sekali, rakyat dapat hidup dalam keadaan sejahtera dan selamat, tetapi semasa
tuan menjadi khalifah, negara kita begitu huru-hara sekali, peperangan sesama kita juga berlaku?" Jawab Sayyidina Ali, "Semasa Omar Al-Khattab menjadi khalifah, rakyatnya adalah terdiri dari orang-orang seperti saya, tetapi masa saya jadi khalifah rakyat adalah terdiri dari
orang-orang seperti engkau".

3.1 Daripada jawapan Sayyidina Ali ibn Talib itu, kita boleh buat beberapa kesimpulan:

* Pekerja mempunyai peranan dalam organisasi untuk melakukan segala tugasnya dengan
baik

* Mereka harus mengetahui tujuan dan matlamat organisasi

* Mereka harus mengetahui had mereka

* Mereka harus patuh kepada pemimpin mereka

* Mereka harus memahami bahawa pemimpin mempunyai hak membuat keputusan, walau
pun Islam menentukan amalan syura

* Setiap orang dalam organisasi bertanggungjawab untuk menentukan kejayaan organisasi
dan bukan terserah kepada pemimpin semata

Tiada ulasan: