<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Isnin, Mei 18, 2009

BN mengaku kalah? Tidak tanding kerusi Penanti

Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut. namun kitadapat menilai sendiri bagaimana susahnya BN ingin mengemukakan alasan di atas dan sekurang-kurangnnya sebanyak tiga kali mesyuarat penting dilakukan untuk memutuskan keputusannya pada hari ini.

Bermula dengan Mesyuarat MT UMNO, selepas itu Biro Politiknya dan hari ini Majlis Tertinggi BN baru ada keputusan.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.

PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

Umumnya dapat memberi jawapan kalau BN berhadapan sekali di Penanti dengan Pakatan Rakyat, keputusan awal telahpun diperolehi iaitu memihak kepada PR. Inilah sebenarnya faktor yang sebenar BN tidak meletakkan calonnya kerana takut kalah. http://idhamlim.blogspot.com/


Tiada ulasan: