<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Sabtu, Mei 02, 2009

Nizar Rasmi Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Krai Kali Ke-31







KUALA KRAI 02 Mei 2009 : Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, merangkap Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar B Jamaludin telah sudi untuk menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Krai Kali-31 hari ini di Markaz PAS Kawasan Kuala Krai, Sungai Durian. Beliau yang dalam rangka lawatan ke Kelantan selama 2 hari bermula dari semalam pada sebelah paginya telah merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada PAS Kawasan Kuala Krai kerana menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat tersebut. Tidak lupa juga beliau menghargai segala sumbangan yang dicurahkan oleh PAS Kawasan Kuala Krai dalam menjana kemenangannya di Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang baru-baru ini.

Beliau juga menceritakan pengalaman pemerintahannya di Perak selama lebih kurang 10 bulan lebih sebelum dirampas dengan khianat oleh UMNO dan Barisan Nasional. Dalam ucapan itu, beliau menceritakan kronologi perampasan kuasa yang sehingga hari ini tiada penyelesainnya. Justeru, beliu memohon kepada para perwakilan dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat supaya berdoa secara berterusan supaya beliau dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat di Perak berad dalam keadaan yang stabil dan dilindungi oleh Allah SWT.

Syabas dan tahniah kepada PAS Kawasan Kuala Krai kerana berjaya mengadakan mesyuarat tahunan dengan penuh gilang gemilang. Kepada yang terpilih dalam pemilihan itu, teruskan usaha saudara mengikut dasar-dasar parti. Manakala kepada yang tidak terpilih, usahlah berkecil hati, sama-samalah berganding bahu bagi mencapai matlamat yang satu bersama-sama.

Membangun Bersama Islam. Allahuakbar!!!


Tiada ulasan: