<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Ahad, Ogos 02, 2009

Bingkisan Petang : Laman Nurani kembali daa...

Salam, saya pohon maaf kerana selama 2,3 hari ni tak dapat update Laman Nurani. Bukan kerana apa, saya berada di 'luar kawasan'. Hmmm..bukannya saya berada di kalangan puluhan ribu rakyat yang berhimpun mengiringi memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, tetapi saya berada di suatu tempat yang aman dan damai. Jauh dari hiruk pikuk bandar dan desa. Sebelum berceloteh panjang, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB. Mohd. hamdan Abdul Rahman, bekan ADUN Permatang Pasir yang telah kembali ke rahmatullah. Semuga roh arwah dicucuri rahmat-Nya.

Setinggi tahniah Laaman Nurani ucapkan kepada semua yang hadir memenuhi Ibu Kota Kuala Lumpur Sabtu lepas bagi menyokong untuk GMI menghantar memorandum supaya Akta ISA dimansuhkan kepada Yang Dipertuan Agong. Tahniah kepada saudara dan saudari. Anda adalah wira. Kepada yang ditahan, ingatlah, perjuangan kita ini memang ada cabaran. Bersabarlah dengan cubaan ini. Allah merahmati kalian semua.

Insya Allah, Laman Nurani akan ke 'udara' seperti biasa. Terima kasih atas sokongan anda semua. Syukran.

Tiada ulasan: