<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Ogos 14, 2009

Laman Nurani : Politik Kampus...

Melayari blog Kalam-Perdana memang menjadi kelaziman saya saban hari. Beliau seorang yang idealis dan berfikiran lain dari sahabat-sahabt yang lain. Apa yang penting keberaniannya mengungkitkan perkara-perkara yang sahabat-sahabat lain diam membisu di kala melihat ketidakadilan berlaku. Artikel terbarunya berkaitan PMI-UTM.

Dalam artikel tersebut, beliau membangkitkan zaman kegemilangan PMIUTMKL suatu waktu dahulu. Dimana, saya sempat bersama-sama pahit manisnya.

Saat kemuncaknya semua yang tidak sealiran dengan PMI akan di lawan, di tentang. Politik cantas dan pancung adalah permaianan. Kita jarang mendekati golongan yang kita anggap tidak suci se-suci kita. Hujahnya tidak lain kerana takut kita terjerumus sama. Maka jalan selamat kita hanya bergaul sesama kita. Sebab kedua kerana 'sir' dan 'hazar' yang mengada-ngada.

Memang benar katanya itu. Pernah saya di'sound' oleh bukan seorang, malah beberapa orang senior muslimat berkaitan cara pemakaian kami semasa di kolej. Hmmm...seluar jeans memang 'diharamkan', jika pakai juga, alamatnya, kena 'pancung' terus. Kebetulan saya memang tak meminati seluar jeans, so, terlepaslah. Itulah realiti yang terpaksa saya dan rakan-rakan hadapi. Berbalik kepada teguran tad, saya dan kawan-kawan ditegur hanya kerana kami memakai T-Shirt ke dewan-dewan kuliah. Katanya, itu tidak menggambarkan kami ni pimpinan pelajar, kebetulan waktu itu kami ni AJK Kolej Pertama.

Dia kata, 'Bukan akak sorang je yang tegur benda ni, akak-akak lain pun nk tegur jugak cara pemakaian kamu ni'. Hmmm...kata Kalam-Perdana lagi;

Namun ada sahabat yang nakal, bergaul tanpa batas juga dengan rakan yang lain fikrah. Maka natijahnya hilang kepercayaan terhadapnya atau kita sering sebut tidak ‘thiqah’. Akhir kita juga memulaunya kerana hilang thiqah. Muslimat idaman juga tidak akan memilihnya untuk proses Baitul Muslim (BM). Kesian.

Hehe...memang diorang tak thiqah dah kat saya. Dek kerana kami ni memang nakal. Aah..peduli apa, bukan jadi haram pun kalau pakai t-shirt. Bukan tak boleh buat kerja pun kalau pakai t-shirt. Memang kami ni suka melawan arus, bukan apa, sebab perkara yang kami buat itu tidak salah disisi agama. Berdosa ke kalau pakai t-shirt? Adakah tak berdosa kalau pulau-memulau orang ni?

Memang saya dan kawan-kawan diarah supaya tidak berkawan rapat dengan orang-orang yang mereka tidak berkenan. Eh, orang-orang itu, sahabat kami la...takkan nak putuskan persahabatan macam itu sahaja ekoran kamu tak berkenan, tak sefikrah? Sebab itulah saya sekali lagi melanggar arahan tersebut. Peduli apa, bukannya kawan diorang, tetapi kawan-kawan saya. Syukur, saya tak terikut-ikut apa yang diarahkan walaupun mereka sudah cukup-cukup bengang dengan saya. Soal hilang thiqah? Itu tidak menjadi masalah, memang saya tak kisah pun diorang nak percaya ke, tak percaya ke. Apa yang penting pada waktu itu, hubungan sahabat kita tak rosak, kita tak hipokrit, dan kerja kita buat.

Pada waktu itu, idea hendak menjadi Hang Jebat bermula. Bukan saya nak membela diri sendiri, tetapi saya hendak membela sahabat-sahabat yang dipulaukan oleh mereka, kerana tidak sefahaman dengan mereka. Kesian Ahmad Suhaimi, Nik Borhan, Ahmad Hanizam, dan ramai lagi jika nak dibilang. Siapa yang membela mereka? Mana sahabat yang sama-sama kena rendam dulu, yang sama-sama tak tidur malam, yang dipaksa minum air masin? Mana pergi semua bila ada di kalangan kita yang kena pulau?

Bila saya sebut hal ini dalam suatu persidangan (muktamar) adalah muslimat bangkit kata tidak ada pulau-memulau ni. Jika tidak ada, kenapa yang hadir muktamar tersebut tidak ramai seramai masa kena minum air garam? Hmmm...syabas Kalam-Perdana kerana bangkitkan isu ini. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menulis, jangan segan-segan ya, tinggalkan komen. Tak kiralah, nak marah saya ke, nak tambah ke. Saya ni terima semua. Tak perlu nak jaga hati sesiapa pun. Kita tak bergaduh, cuma saling tegur-menegur.

Terima kaseh kepada sahabat-sahabat saya yang tetap berada di belakang membantu saya terutama menjalankan aktiviti-aktiviti Kolej Pertama. Seperti Kalam-Perdana sebut, semuga pimpinan PMI UTM berubahlah pemikiran. Jangan duk tiru gaya-gaya senior-senior kamu yang merugikan jemaah dan hanya menguntungkan mereka sahaja.

Mungkin sudah tiba masanya, politik PMI bukan lagi berpolitik pulau-memulau. Melihat kesucian hanya pada jubah dan serban. Sikap ini tidak banyak menguntungkan. Saya melalui pengalaman kepolitikan PMI ini di masa PMI berada di puncak kuasa dan kegelapan.


Tiada ulasan: