<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Khamis, Julai 30, 2009

Sebuah Syair Politik

Saya cedok dari blog seorang sahabat yang sentiasa melihat politik dan setiap yang berlaku dari perspektif berbeza, Kalam Perdana.

Pada saya ia seperti syair.......


"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya,"

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab,"

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri,"

1. "Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

2. ''Bukan apa, orang Pas sendiri tertanya-tanya siapa ketua mereka, Nik Aziz ke Abdul Hadi Awang (Datuk Seri). Pas sendiri jadi tak bersatu padu sebab ada yang lebih daripada Presiden. Jadi biar Nik Aziz dengan urusan DAP dan PKR.

''Tanpa Pas pun kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini mampu wujudkan perpaduan. Tak payah UMNO buang masa fikir perpaduan Melayu dengan Nik Aziz, yang penting rakyat tahu bukan UMNO tolak perpaduan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

3. ''Nik Aziz dah menyeleweng, jadi macam tak berguna lagi. Orang sudah berjanji dengan rakan politiknya yang bukan Islam untuk hancurkan UMNO, jadi kini dia pun utamakanlah tuntutan politik daripada tuntutan agama.

4. ''Jahanam adalah sebenarnya neraka untuk orang kafir, Karpal Singh yang patut jahanam sebab dia kata langkah mayatnya dulu sebelum tubuh negara Islam, UMNO tidak pernah menentang Islam.

''Pokoknya Nik Abdul Aziz tidak boleh pakai selepas ini, saya tak nak komen lagi, buang masa, saya hanya berdoa dan memohon agar dia mendapat taufik dan hidayah,'' katanya.

5. ''Saya rasa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak faham apa dia cakap tentang kerjasama dengan UMNO sebab dulu cakap lain, sekarang cakap lain, saya fikir pemikiran dia tidak stabil.
''Daripada percakapan, nampak beliau seperti orang kecewa,'' katanya.

6. ''Kita pun tak pasti sama ada dia (Nik Aziz) memang keluarkan kenyataan itu (pergi jahanamlah UMNO). Kalau betul dia cakap begitu, saya boleh komen,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Itulah antara sabda-sabda yang terkeluar dari mulut-mulut mereka yang sememangnya 'diupah' untuk berkata demikian bagi menguntungkan sesetengah pihak.

Himpunan Mansuhkan ISA

Jom ramai-ramai kita menyertai Himpunan Mansuhkan ISA sabtu ini. Jangna lepaskan peluang ini, kepada semua yang berada berdekatan dengan tempat tersebut, jangan segan-segan keluar beramai-ramai nanti ya. Insya Allah Tok Guru Nik Aziz akan turut sama menyertai perhimpunan ini.


Rabu, Julai 29, 2009

Kematian Teoh: Misteri DNA

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

SHAH ALAM: Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

"Inilah salah satu sebab mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," katanya.

Tan kemudiannya menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.-mStar

Sivakumar Membuat Laporan Polis Terhadap Dato SS

28 Julai 2009, YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Balai Polis Pusat, Ipoh pada jam 12.34pm. YB V.Sivakumar dan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan telah dihalang oleh polis daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 27 Julai 2009. Halang ini dibuat oleh polis atas arahan Dato Dr Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

YB V.Sivakumar sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri yang sah dan ahli-ahli jawatankuasanya mahu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan di bilik Yang Dipertua atau bilik mesyuarat. Tujuannya adalah untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Pokok Assam YB Yee Sui Kai terhadap Dato Ganesan berkaitan dengan insiden 7 Mei Dewan Negeri Perak.

Apabila YB V.Sivakumar dan ahli-ahli jawatankuasanya sampai ke pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, polis telah menghalang dan menutup pintu masuk tersebut. Alasan yang diberikan oleh polis ialah mereka hanya menjalankan tugas. Arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan Jawatankuasa itu masuk ke dalam kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak polis adalah bertentangan dengan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Kejadian di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut disaksikan oleh orang ramai.

Oleh kerana polis telah menghalang jawatankuasa itu daripada bermesyuarat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka mesyuarat tersebut terpaksa diadakan di salah sebuah bilik mesyuarat di Hotel Syuen, Ipoh.

YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis dengan harapan pihak polis akan mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan.

speakforperak

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah- Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian) .

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Selasa, Julai 28, 2009

Mengapa Kita Menyokong PAS?

Sehingga malam ni, pernahkah kita renung sejenak adakah kita menyokong PAS sebab ianya sebuah parti politik atau sebab kita menyokong Islam?

Jawapannya ada pada diri masing-masing, nanti tulis komen ya. Sebab pengalaman saya, sekarang ini, sudah ramai yang telah tersasar jauh matlamatnya. Bila ada orang ajak pegi mesyuarat PAS, pegi usrah, program2..amat payah untuk kita pergi. Mengapa? Mengapa mesti ditanya ada habuan ke tidak? Mengapa harus ditanya ada duit minyak ke tidak untuk pergi majlis2 tersebut? Adakah kita menyokong PAS sebab kita menyokong Islam atau PAS ni sebuah parti politik yang kita berkenan?

Jika kita menyokong PAS sebagai sebuah parti politik, kita mungkin akan mengahrapkan sesuatu daripada politik. Kita akan menantikan sesuatu seperti ahli2 politik yang lain. Jika kita tidak memperolehinya, kita akan kecewa. Bila sudah kecewa, kita akan mengatakan bahawa duduk dalam PAS pun tak dapat apa2 pun. Baik duduk dalam UMNO.

Adakah kita semua mengaku menyokong PAS berperangai seperti ini? Amat malanglah jika saudar semua bersikap seperti ini. Sedangkan kita menyokong perjuangan ini kerana kita menyokong Islam, dan di dalam Islam, kita tidak diajar dengan kebendaan. Kita diajar dengan dosa pahala, syurga neraka. Mengapa timbul soal duit tambang, habuan2 tertentu bila kita diminta melakukan tugas2/kerja2 dalam PAS? Mengapa?

Cubalah tanya diri kita sendiri. Jangan tengok orang lain. Alaa...tak perlu pergi jauh lah. Dalam masa gerka kerja pilihanraya kat Manek Urai baru ni pun boleh nampak. Saya pernah ditanya oleh seorang jentera parti PAS, 'Mana duit minyak? Nak pegi Manek Urai ni, nk kena bertugas di sana?". Sungguh kecewa dan remuk redam hati saya bila mendengar pertanyaan sebegitu. Sedangkan yang kita nak pegi tu buat kerja-kerja Islam, kerja agama. Mengapa harus ditanya dan mengapa perkara itu menjadi penghalang bagi kita meneruskan kerja-kerja Islam?

Renungkahlah wahai saudaraku, perbetulkan niat. Jangan kita mengikut orang tanpa pegangan yang hakiki.

'Umno kini tiada maruah, dulu 'tendang' kami keluar' - Nik Aziz

KOTA BHARU, 28 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa hubungan yang terjalin sekarang ialah di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan bukan hubungan dengan parti Umno.

"Hubungan negeri ialah dengan Kerajaan Pusat oleh kerana sistem yang diamalkan ialah sistem Federalisma, oleh itu tidak timbul hubungan dengan Umno,"kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang media selepas melawat pameran ternakan di Padang Perdana dekat sini semalam.

"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat, maka kenapa mahu disekat (hubungan itu).

"Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri hendaklah menyentuh isu penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan," katanya.

Dalam pada itu Nik Aziz berkata, tindakan parti lain di peringkat Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dari mendapat kemudahan daripada Kerajaan Pusat itu adalah tidak menurut Perlembagaan.

"Tidak terdapat dalam Perlembagaan dan tidak terfikir pada akal fikiran manusia bahawa negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dihalang oleh parti lain di Pusat dari mendapat kemudahan sepatutnya.

"Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada Kerajaan Negeri sebagaimana dilakukan Kerajaan Pusat ketika Kelantan diperintah Umno dahulu. Kenapa kini ditubuhkan JPP?

"Apa kata kalau parti lain (Kerjaan Pakatan Rakyat) menguasai Pusat lalu menubuhkan juga JPP di negeri yang di perintah Umno, apa perasaan mereka," katanya sambil menyifatkan konsep Satu Malaysia dan demokrasi yang dilaung-laung bercanggah dengan tindakan dilakukan Umno Pusat ke atas Kerajaan Negeri.

Oleh itu katanya, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Pusat mesti membantu Kerajaan Negeri, dan urusan membantu mana-mana Kerajaan Negeri bukan dilakukan dengan sukarela, tetapi melalui peruntukan Perlembagaan.

"Kalau dia (Kerajaan Pusat) tidak buat juga, kita gulinglah. Pandailah kita guling.

"Terbaru, ada Menteri yang tidak mengizinkan pegawai dia di Kelantan ini bekerjasama dengan Kementeriannya. Itu bukan sifat seorang Menteri,"katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dasar perjuangan Umno dan PAS memang selamanya tidak sama.

"Umno memang tidak serupa dengan PAS, bahkan pada setiap kali diadakan pilihan raya sama ada Pilihan Kecil atau Pilihan Raya Umum, Umno tetap melawan PAS.

"Kerana apa Umno melawan PAS, setiap tahun sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya besar sedangkan sekiranya di dunia ini tidak ada Umno, (andai kata), orang Melayu boleh hidup molek, bahkan Islam itu sendiri boleh berkembang dengan baik, tegasnya

Menteri Besar turut mengulas perkembangan mutakhir mengenai surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bertujuan untuk bermujadalah.

"Menerusi surat itu, saya bertanya dia kenapa Umno menolak Islam dan menggantikannya dengan 'Kebangsaan'.

"Dan kenapa Umno melawan PAS. Di mana tidak kenanya kedudukan PAS khususnya dari segi agama dan Perlembagaan. Di mana tidak kena kedudukan PAS dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Sehingga kini dia tidak jawab-jawab pun (surat itu)," katanya.

Dalam perkembangan politik semasa, beliau turut mengulas tindakan meninggalkan parti oleh anggota pimpinan Umno-BN termasuk mantan Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA Dato' Chua Jui Meng dan mantan Naib Presiden MIC, Dato'S S Subramaniam.

Kedua-dua mereka memasuki Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Terdahulu mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga mantan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Dato' Zaid Ibrahim memasuki KeADILan.

"Insya-Allah, ramai lagi orang Melayu, Cina dan India yang sedar, mereka akan meninggalkan Umno-BN," katanya.

Beliau mempertikaikan cadangan bekerjsama dengan Umno walaupun ada dakwaan bahawa dengan itu akan lebih memudahkan lagi kerjasama antara pemerintah.

"Umno sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS). "(Tetapi) waktu kamu gagah dahulu kamu tendang aku (PAS) (keluar daripada Kerajaan Pusat). Saya ingat perkara itu," tegasnya sambil mengingatkan bahawa PAS menyertai Kerajaan Pusat ketika itu dengan jemputan daripada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

'Umno kini tiada maruah, dulu 'tendang' kami keluar' - Nik Aziz

KOTA BHARU, 28 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa hubungan yang terjalin sekarang ialah di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan bukan hubungan dengan parti Umno.

"Hubungan negeri ialah dengan Kerajaan Pusat oleh kerana sistem yang diamalkan ialah sistem Federalisma, oleh itu tidak timbul hubungan dengan Umno,"kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang media selepas melawat pameran ternakan di Padang Perdana dekat sini semalam.

"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat, maka kenapa mahu disekat (hubungan itu).

"Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri hendaklah menyentuh isu penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan," katanya.

Dalam pada itu Nik Aziz berkata, tindakan parti lain di peringkat Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dari mendapat kemudahan daripada Kerajaan Pusat itu adalah tidak menurut Perlembagaan.

"Tidak terdapat dalam Perlembagaan dan tidak terfikir pada akal fikiran manusia bahawa negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dihalang oleh parti lain di Pusat dari mendapat kemudahan sepatutnya.

"Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada Kerajaan Negeri sebagaimana dilakukan Kerajaan Pusat ketika Kelantan diperintah Umno dahulu. Kenapa kini ditubuhkan JPP?

"Apa kata kalau parti lain (Kerjaan Pakatan Rakyat) menguasai Pusat lalu menubuhkan juga JPP di negeri yang di perintah Umno, apa perasaan mereka," katanya sambil menyifatkan konsep Satu Malaysia dan demokrasi yang dilaung-laung bercanggah dengan tindakan dilakukan Umno Pusat ke atas Kerajaan Negeri.

Oleh itu katanya, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Pusat mesti membantu Kerajaan Negeri, dan urusan membantu mana-mana Kerajaan Negeri bukan dilakukan dengan sukarela, tetapi melalui peruntukan Perlembagaan.

"Kalau dia (Kerajaan Pusat) tidak buat juga, kita gulinglah. Pandailah kita guling.

"Terbaru, ada Menteri yang tidak mengizinkan pegawai dia di Kelantan ini bekerjasama dengan Kementeriannya. Itu bukan sifat seorang Menteri,"katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dasar perjuangan Umno dan PAS memang selamanya tidak sama.

"Umno memang tidak serupa dengan PAS, bahkan pada setiap kali diadakan pilihan raya sama ada Pilihan Kecil atau Pilihan Raya Umum, Umno tetap melawan PAS.

"Kerana apa Umno melawan PAS, setiap tahun sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya besar sedangkan sekiranya di dunia ini tidak ada Umno, (andai kata), orang Melayu boleh hidup molek, bahkan Islam itu sendiri boleh berkembang dengan baik, tegasnya

Menteri Besar turut mengulas perkembangan mutakhir mengenai surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bertujuan untuk bermujadalah.

"Menerusi surat itu, saya bertanya dia kenapa Umno menolak Islam dan menggantikannya dengan 'Kebangsaan'.

"Dan kenapa Umno melawan PAS. Di mana tidak kenanya kedudukan PAS khususnya dari segi agama dan Perlembagaan. Di mana tidak kena kedudukan PAS dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Sehingga kini dia tidak jawab-jawab pun (surat itu)," katanya.

Dalam perkembangan politik semasa, beliau turut mengulas tindakan meninggalkan parti oleh anggota pimpinan Umno-BN termasuk mantan Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA Dato' Chua Jui Meng dan mantan Naib Presiden MIC, Dato'S S Subramaniam.

Kedua-dua mereka memasuki Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Terdahulu mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga mantan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Dato' Zaid Ibrahim memasuki KeADILan.

"Insya-Allah, ramai lagi orang Melayu, Cina dan India yang sedar, mereka akan meninggalkan Umno-BN," katanya.

Beliau mempertikaikan cadangan bekerjsama dengan Umno walaupun ada dakwaan bahawa dengan itu akan lebih memudahkan lagi kerjasama antara pemerintah.

"Umno sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS). "(Tetapi) waktu kamu gagah dahulu kamu tendang aku (PAS) (keluar daripada Kerajaan Pusat). Saya ingat perkara itu," tegasnya sambil mengingatkan bahawa PAS menyertai Kerajaan Pusat ketika itu dengan jemputan daripada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Ini permainan Umno bukan saya, kata Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Julai: "Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.

"Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.

Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.

Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.

"Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan," kata beliau.

SiasahDaily/-

Himpunan mansuh ISA: GMI tidak berganjak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak akan berganjak dengan keputusan mereka untuk mengadakan perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos ini walaupun mendapat gesaan agar mereka membatalkan hasrat tersebut.

Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, GMI akan tetap meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di ibu negara pada Sabtu ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Kita tidak akan berganjak, tidak sama sekali untuk membatalkan rancangan yang telah kita rancang sejak begitu awal lagi ini.

"Kita akan teruskan hasrat ini yang membawa mesej bahawa rakyat sememangnya mahu ISA dimansuhkan kerana ia merupakan satu akta yang kejam," katanya kepada mStar Online.

Semalam Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) memberi kata dua kepada GMI agar membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan anti ISA berkenaan.

Malah Magaran juga menegaskan jika GMI masih berdegil untuk meneruskan hasrat mereka, pihaknya juga akan turut menganjurkan perhimpunan balas pada hari yang sama untuk menyokong penggunaan ISA.

Magaran disertai oleh 56 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Kamaruzaman berkata semua pihak mempunyai hak untuk menganjurkan sebarang perhimpunan secara aman.

"Rakyat di negara ini mempunyai hak untuk mengadakan sebarang perhimpunan, kita hormati pendirian Magaran jika mereka juga mahu mengadakan perhimpunan balas.

"Mereka ada hak untuk buat perhimpunan dan kami juga ada hak yang sama," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya pertembungan dengan penyokong Magaran, beliau berkata perkara tersebut mungkin akan dapat dielakkan memandangkan kedua-dua perhimpunan tersebut diadakan pada masa yang berlainan.

"Kita pasti tidak akan berlaku sebarang kekecohan atau pertembungan kerana masa yang diaturkan berbeza, mereka pada waktu pagi kami waktu petang.

"Tapi bagaimanapun pihak kami telah merancang persedian rapi dengan menyediakan kira-kira 1,000 anggota Unit Amal dari PAS untuk mengawal keselamatan pada hari tersebut.

"Oleh itu kami juga ingin menasihatkan agar Magaran juga mengambil langkah yang sama untuk memastikan perhimpunan yang diadakan dalam suasana yang aman dan terkawal," katanya.

Kamaruzaman berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai perhimpunan pada Sabtu ini.

"Kami juga telah menghantar surat makluman kepada Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong memberitahu mengenai hasrat kami untuk menghantar satu deklarasi rakyat pada hari Sabtu ini," katanya. mStar

Menteri larang pegawai: Noh Omar kembali ke zaman Jepun

KOTA BHARU, 28 Julai (Hrkh) - Satu ketika pemimpin Umno begitu mengharap PAS bagi memperkuat ketuanan Melayu, dan di saat lain pula pemimpin Umno mendera pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Ia langsung tidak mencerminkan semangat 1Malaysia seperti diimpikan perdana menteri.

Adegan itu sudah lama berlaku. Dan baru-baru ini diulang semula Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar apabila melarang pegawai di bawah kementerian yang diterajuinya menghadiri mesyuarat anjuran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu itu berkata, tindakan menteri berkenaan amat tidak wajar kerana cuba menyekat hak rakyat.

"Tindakan sedemikian seumpama kembali semula di zaman Jepun yang berpuak-puak dan dengki. Sekarang dengan kebangkitan Islam keadaan sedemikian amat tidak sesuai lagi.

"Tapi tiba-tiba timbul semula masalah begitu ketika perdana menteri melaungkan semangat 1Malaysia," ujarnya selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, baru-baru ini.

Lebih 200 gerai jualan disediakan pada program tersebut. Selain itu terdapat pameran buah-buahan tempatan, jualan buku, ikan keli organik, aksesori wanita dan ubatan tradisional.

Sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan arahan berkuatkuasa serta merta di mana pegawai di bawah kementerian berkenaan dilarang menghadiri mesyuarat anjuran kerajaan Pakatan Rakyat.

uan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menteri itu amat tidak wajar yang langsung tidak mencerminkan semangat federalisme.

"Arahan itu tidak masuk akal sedangkan Kelantan sebuah negeri di bawah Malaysia, bagaimana seorang menteri memberi arahan begitu.

"Jadi saya amat dukacita berhubung arahan terbaru itu daripada seorang menteri," ujarnya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan menteri berkenaan menggali lubang untuk menimbus Umno.

Jangan Lupa Lirik ke Jangan Lupa Allah?

Ramai anak-anak muda hari ini sungguh teruja dengan rancangan Janga Lupa Lirik yang sedang hangat dipertotntonkan saban hari. Tidak cukup dengan 'live', ada pula siaran ulangan, berminggu-minggu lamanya. Sehingga kita semua sanggup makan dan minum di hadapan kaca-kaca televisyen. Kerana semata-mata hendak melihat para peserta ingat ke tidak lagu tersebut.

Sungguh malang nasibnya jika tidak dapat meningati lirik lagu tersebut. Terpakasa di'kick' keluar awal-awal. Dah tu siap menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan hingga akhir.

Adakah kita juga akan menangis jika Allah lupa pada kita? Adakah kita ingat lirik lebih daripada kita ingat Allah? Menangiskah kita jika Allah humbankan kita ke dalam neraka disebabkan kita lupa Allah dan kita hanya ingat lirik semasa di dunia?

Ingatlah wahai saudara-saudara ku semua, jika kita lupa Allah, Allah lebih-lebih lagi lah akan lupa pada kita sehingga kita akan lupa pada diri kita sendiri. Apa yang hebat sangat dengan rancangan jangan Lupa Lirik sehingga kita semua teruja menontonya? Hmm...tidak ada rancangan Jangan Lupa Allah SWT ke?. Kita dilalaikan dengan agenda-agenda tersebut yang kita lupa dari meningati Allah. Sehingga kita semua boleh bercakap-cakap dan memberi komen sesama rakan-rakan di tempat kerja, di sekolah dan sebagainya. Hebat sungguh kita, tetapi kepada perkara-perkara yang meningatai Allah, kita semua diam dan segan hendak memperkatakannya.

Macam mana kita mendakwa kita ingat Allah, sedangkan kita tidak menutup aurat. Sebab Allah wajibkan kita semua menutup aurat dalam setiap apa yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri merubahnya. Anda mampu mengubahnya ke arah yang lebih baik.

15 tanda kematian mulia

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Isnin, Julai 27, 2009

Hmmm....Laman Nurani lagi....

Saya sering ditanya sahabat-sahabat yang mengatakan pasal nama blog ni, Laman Nurani. Bunyinya macam halaman berbentuk kerohanian, keagamaan. Tetapi artikelnya bercampur-campur. Katanya lagi, nama blog tidak menonjol ataupun tidak menarik minat untuk pelayar-pelayar alam siber untuk 'klik' kan tetikus pada nama Laman Nurani ini. Saya hargai setiap pandangan dan teguran ini. Terima Kaseh diucapkan.

Bagi saya, biarlah namanya Laman Nurani. Walaupun perlahan, namun biarlah Laman Nurani melangkah perlahan, dengan harapan suatu hari nanti, ianya akan tersohor di alam siber ini. Insya Allah.

Laman Nurani, merupakan suatu program berkala yang saya dan sahabat-sahabat jalankan sepanjang semester semasa belajar dahulu. Program selama satu jam setiap petang Isnin dan Khamis itu membincangkan pelbagai isu. Tidak hanya tertakluk soal ibadat sahaja. Perbincangan yang luas ini menyebabkan program Laman Nurani mendapat sambutan yang hangat pada waktu itu. Semoga semasa saya menulis artikel ini, program Laman Nurani masih diteruskan oleh adik-adik di kolej.

Oleh yang demikian, Laman Nurani merangkumi semua aspek untuk siarannya. Segala pandanag untuk penambahbaikan amatlah saya alu-alukan. Teruskan ke email atau tinggalkan komen di sini. Email : cetusanhati@yahoo.com

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Julai :- Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.

"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.

"Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.

"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.

"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.

"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini� Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.

Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.

Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.

"Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.

Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.

Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut.

"Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.

"Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

"Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya.

Sumber : Harakahdaily/-

Kematian Misteri : Minta dapatkan khidmat 'dia' ni

Dikhabarkan Detektif ni amat pintar dan bijak menyelesaikan kes-kes jenayah terutama kes kematian yang amat sukar untuk dirungkaikan. Oleh itu, kami harapkan supaya pihak-pihak yang berwajib agar mencuba untuk dapatkan khidmatnya bagi menyelesaikan kes-kes jenayah yang menlibatkan kematian.



Ahad, Julai 26, 2009

Panggil mereka ini, SEGERA.....

Kami harapkan pihak berwajib supaya mendapatkan mereka yang di atas ini bagi menyiasat kes kematian Teoh. Harap dapat tindakan segera.


HIMPUNAN BUBAR DUN

HIMPUNAN PEMUDA PERAK
“1 BLACK PERAK”

PADA : 2 OGOS 2009(AHAD)
JAM : 11.00 PAGI
DI : MASJID TINGGI,BAGAN SERAI

PENCERAMAH : YB SALAHUDDIN AYOB, USTAZ NASARUDDIN HASSAN TANTAWI, HAJI MOHD SABU, DATO SERI HAJI NIZAR JAMALUDDIN, USTAZ ABU BAKAR HUSSIN, PIMPINAN PAS PERAK,PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

SEMUA RAKYAT YANG CINTAKAN DEMOKRASI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Khamis, Julai 23, 2009

MAJLIS KESYUKURAN PRK MANEK URAI





PETUA IMAM SYAFIE

Oleh : Mohd Farizul Mohamad Radzi

Empat perkara merosakkan Mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4.. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit &
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'


* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang Mengajarnya meskipun dia sudah mati.

MAJLIS KESYUKURAN PRK MANEK URAI

LAWAK HARI INI... : )

CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK, OK... aku arnab... aku arnab!!'
Kah..kah..kah..!!!

Bingkisan Dinihari Syaaban

Setelah selesai menunaikan solat subuhpagi ini, saya 'dikunjungi' dengan 4 sms dari seorang sahabat yang meminta saya menulisnya di dalam blog ini. Saya membaca setiap peti masuk dalam telefon Nokia 3310 yang masih saya guna sehingga kini. Kiranya Nokia 3310 ni dah jadi bahan 'arkib' dah masa kini. Tetapi alhamdulillah, ianya masih setia memberi perkhidmatan kepada saya.

Rupa-rupanya setiap patah sms tersebut merupakan luahan hatinya terhadap sikap sesetengah penyokong malah kepimpinan PAS di peringkat cawangan, kawasan yang menyebabkan dia tidak berpuas hati.

Katanya dalam sms tersebut bahawa sikap yang sebelum ini berlaku dalam kumpulan musuh kini telah menular di kalangan orang-orang PAS. Hmmm...tergaman juga saya membacanya, mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Kerja-kerja mensabotaj calon ini dahulunya terjadi dalam pakatan musuh PAS, tetapi sekaranh sudah menjadi amalan dalam sesetengah penyokong PAS.

Jika kita merujuk kembali tulisan Ustaz Nik Abduh dalam blognya, maka kita akan dapati keserasiannya dengan sms yang saya terima tadi. Maka saudara sendirilah yang menilainya. Saya tidak mahu menghurai tulisan Ustaz Nik Abduh tersebut.

Berbalik kepada sms tadi, katanya lagi perkara ini amat jelas ketara dalam kempen pilihanraya kecil di Manek Urai. Dalam pemerhatiannya, mendapati ada sesetengah pimpinan pas di peringkat cawangan yang cuba mensabotaj calon PAS ekoran tidak bersetuju dengan pimpinan yang tidak memilih calon yang diingininya. Dakwanya lagi, perkara ini amat serius sehingga boleh menggugat perjalanan kempen di pihak kita sendiri.

Maka dalam tulisannya, dia menyeru kepada kepimpinan tertinggi PAS sama ada di peringkat Kawasan, Negeri atau pusat supaya dapat mengambil inisiatif agar perkara-perkara sebegini dapat dihapuskan terus. Beliau bimbang, jika perkara ini berlarutan, ia akann melhairkan bibit-bibit perpecahan di kalangan pakatan PAS. Sikap tidak berpuas hati terhadap pimpinan, sikap tidak menghormati keputusan jemaah dan mempunyai kepentingan diri sendiri dalam berpolitik adalah sikap yang amat buruk dalam kita berjuang menegakkan agama Allah.

Oleh yang demikian, saya menyusun tulisan-tulisan dalam blog ini adalah bagi menghargai sumbangannya menyalurkan maklumat supaya kita semua dapat berfikir dan bermuhasabah dalam isu ini. Kita jangan gaduh nak kata isu ini tidak ada, sedangkan masakan daun kayu tak bergerak jika tidak ada angin ataupun benda yang mengoncangnya. Terima kasihlah kepada beliau yang sudi berkongsi maklumat dan pengalaman. Oleh itu, tingkatkan tarbiyyah, luaskan motivasi, teruskan usaha.

Selamat Menyambut Bulan Syaaban

Sedar atau tidak, kita sekarang sudah melangkah ke Bulan Syaan, Rejab kita tinggalkan tanpa apa-apa pengertia kepada kita. Lebih kurang 30 hari lagi, jika dipanjnagkan umur, kita akan bertemu lagi dengan Ramdhan Al-Mubarak.

Persiapkanlah diri kita sebelum memasuki Madrasah Ramadhan!!!.


Selasa, Julai 21, 2009

Keadaan seseorang ketika sampai ajal

HADITH yang diriwayat dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?"

Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti." [Anas r.a]

Pengajaran hadith:

i) Apabila menghadapi ‘sakratul maut’ setiap umat Islam diminta agar sentiasa mengingati Allah dengan bersungguh-sungguh serta berdoa semoga Allah memberi pertolongan kepadanya semasa mengalami penderitaan tersebut.

ii) Kita hendaklah menanamkan perasaan takut terhadap kemurkaan Allah dan mengharapkan rahmat daripada-Nya pada setiap masa apatah lagi di saat-saat genting menghadapi sakratul maut kerana hal ini ada ganjaran dan penghargaan yang besar daripada Allah S.W.T malah dengan adanya perasaan tersebut juga akan menghindarkan kita daripada terdorong melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah.

Hukum SALAM kepada non Muslim

Oleh : Zailina Mahmud

Assalamualikum, warohmatullohi wabarokatuh,

Diharamkan seorang Muslim mendahului mengucapkan salam kepada orang Non Muslim. Rasulullah SAW bersabda:”Jangan kalian mendahului mengucapkan salam kepada orang Yahudi atau Nashrani” (HR. Muslim).

Tetapi apabila forumnya telah berbaur antara orang Muslim dengan Non Muslim, maka diperkenankan kita untuk memulai mengucapkan salam. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW ketika melewati suatu majelis yang berbaur antara orang Muslim, musrikin penyembah berhala dan Yahudi. Beliau mengucapkan salam kepada mereka” (HR. Bukhary dan Muslim).

Apabila orang Non Muslim memulai mengucapkan salam, maka jawaban yang diperkenankan oleh syari’at adalah:”Wa ‘alaikum!” (Semoga anda juga). Itu saja, tidak usah diperpanjang lagi. Rasulullah SAW menasihatkan:”Jika orang-orang Ahli Kitab (Non Muslim) memberi salam kepada kamu, maka jawablah:”Wa ‘alaikum” (HR. Bukhary dan Muslim).

MAKNA SALAM

Makna salam adalah do’a seorang Muslim kepada saudaranya seiman. Kata “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh” mempunyai makna “Semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah dianugerahkan Allah kepada kalian”. Nilai do’a dalam kandungan salam ini menjadi salah satu dasar mengapa salam tidak dapat diberikan kepada orang-orang Non Muslim..

Karena do’a seorang Muslim kepada Non Muslim akan tertolak, meskipun ditujukan kepada orang-orang yang dekat dalam kehidupannya. Demikian pula Rasulullah SAW tertolak do’anya ketika ditujukan kepada pamannya yang masih kafir, Abu Thalib. Dan Allah mengingatkan dengan firman-Nya:”Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki- Nya. Dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk” (Al Qashash [28]: 56).

Do’a seorang Muslim kepada Non Muslim adalah do’a supaya mereka mendapat petunjuk masuk dalam pangkuan Islam. Demikianlah do’a Rasulullah SAW kepada orang Non Muslim:”Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, karena sesungguhnya mereka orang yang tidak mengerti” (Sirah Nabawiyah, Abul Hasan ali An Nadwi). Atau do’a Rasululah SAW kepada Umar Bin Khaththab ketika masih kafir:”Ya Allah, berilah kemuliaan kepada Islam dengan masuk Islamnya salah satu orang terkasih kepada-Mu, yakni Abu Jahal atau Umar Bin Khaththab”.

Demikian pula sebaliknya. Seorang Non Muslim tidak mungkin mendo’akan seorang Muslim, karena tuhannya tidak sama. Bagaimana mungkin seorang tuan menggaji seseorang yang bukan pegawainya. Sehingga, bila seorang Non Muslim memberi salam kepada kita, cukup kita balas dengan ucapan:”Wa’alaikum (Semoga kamu juga)”, tidak lebih dari itu....Wallohu A'lam bissowab...

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM

Oleh : Zailina Mahmud

DGN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH,MAHA PENGASIH

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ? Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahirtanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan? Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa? Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik" Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" Kita jawab ,"Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..." Eleh, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi? Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...

WALlahua'lam

Isnin, Julai 20, 2009

Tak mengaku Islam

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: “Emak saya tahu saya datang ke sini dan tidak menghalang saya bertindik telinga,” kata seorang remaja hanya dikenali sebagai Syairul, antara 21 pelanggan bawah umur yang ditahan dalam operasi bersepadu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi kelmarin.

Dia mendakwa ibunya seorang pegawai kanan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Selangor dan bergelar hajah mengetahuinya mengunjungi pusat hiburan dan tidak menghalang dia berbuat demikian.

“Ini pertama kali saya ke sini kerana hendak sambut hari jadi kawan, lagi pun hari ini (semalam) cuti sekolah dan tidak salah kami bergembira sekali-sekala.

“Malah, tindik di telinga ini pun keluarga saya sudah tahu dan mereka tiada masalah dengannya,” katanya

Dalam operasi itu, enam pelajar warga asing beragama Islam turut ditahan termasuk seorang daripadanya cuba berbohong tidak menganut mana-mana agama.

Namun, selepas dokumen peribadinya diperiksa, terbukti dia menggunakan nama yang sering digunakan umat Islam selain berasal dari Yaman.

Difahamkan, ketika serbuan, kira-kira 300 pelanggan dalam pusat hiburan itu terutama pasangan remaja sedang ‘dirasuk’ dentuman muzik yang membingitkan.

Lebih menjijikkan, ada kesan muntah di lantai angkara pengunjung yang meneguk minuman keras berlebihan.

Ketua Seksyen Gerakan dan Inkuiri Jais, Mohd Hafidz Ahman, berkata selain remaja Islam bawah umur, Jais menahan dua pelanggan Islam yang meminum arak, lima berkelakuan tidak senonoh serta berpakaian menjolok mata dan lapan pekerja di pusat hiburan itu.

“Remaja bawah umur itu dikenakan kaunseling manakala bagi kesalahan meminum arak, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi tempoh dua tahun jika disabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata pihaknya menyita pelbagai peralatan dan barangan dalam pusat hiburan itu selain lesen perniagaannya akan digantung.

“Pusat hiburan ini pernah diserbu bulan lalu namun pihak pengurusan masih berdegil apabila membenarkan remaja bawah umur memasukinya,” katanya.

“Pada operasi kali ini juga kami menemui pintu rahsia dalam tandas dan kami percaya ramai pelanggan yang sempat meloloskan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.

Polis: 'Restoran berahi' tidak wujud

Polis yang menyiasat lokasi "Restoran Berahi" seperti yang dilaporkan dua wartawan akhbar Harian Metro hanya menemui sebuah tangki air dan reban ayam di atas bumbung restoran yang dimaksudkan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata restoran berahi yang didakwa dua wartawan itu sebenarnya tidak wujud.

Katanya polis sudah mengambil keterangan daripada dua wartawan itu dan mereka memberitahu tidak memasuki restoran terbabit sebaliknya hanya mereka-reka cerita.

"Dalam keterangan, mereka (dua wartawan) mendakwa kegiatan itu berlaku di atas bumbung restoran terbabit tetapi mereka tidak naik ke atas bumbung berkenaan dan hanya melawat sehingga tangga restoran.

"Jadi kita percaya mereka hanya mereka-reka cerita yang sensasi tetapi hakikatnya tempat itu tidak wujud dan mendapatkan gambar melalui internet," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.

Beliau berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat oleh Ketua Balai Polis Brickfields pada hari yang sama laporan berita itu disiarkan.

Kedua-dua wartawan itu yang sering memaparkan isu-isu sensasi menulis artikel mengenai sebuah restoran yang kononnya menyediakan pelayan wanita seksi untuk melayan pelanggan semasa menjamu selera, yang disiarkan di muka hadapan akhbar tersebut Sabtu lepas.

Wartawan itu juga mendakwa perkhidmatan oleh wanita seksi hanya disediakan untuk pelanggan terpilih restoran itu pada hujung minggu tertentu sahaja.

Menurut laporan itu kedua-dua wartawan tersebut berjaya menyelinap masuk antara puluhan VIP yang mengunjungi restoran terbabit yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

- Malaysiakini

Manek Urai: Umno akan buat bantahan di mahkamah

Oleh Mohd Zuharman

Umno Kelantan akan mengemukakan bantahan di mahkamah ekoran rasa tidak puashati mereka dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) N41 DUN Manek Urai Julai 14 lalu.Bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah, mendakwa terdapat kesilapan dalam penjumlahan kiraan undi bagi peti undi Manek Urai Lama.

Ekoran itu beliau telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamad, berhubung perkara berkaitan.

“Datuk Mustapa dalam perbincangannya dengan saya akan meneliti angka itu akan mengambil pendekatan berjumpa dengan pencatit-pencatit pada malam tersebut bagi mendapat maklumat yang lebih jelas.”
"Beliau akan memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan faham dengan apa yang berlaku,” katanya mengulas perkara berkaitan ketika dihubungi.

Sehubungan itu Umno negeri akan mengumpulkan segala maklumat dan fakta sebagai bukti sebelum bantahan dikemukakan di mahkamah.

Bagaimanapun Wan Zaid berkata beliau menyerahkan tindakan lanjut kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri itu untuk membuat keputusan.

Menurut Wan Zaid, pengiraan undi bagi peti undi Manek Urai Lama menunjukkan BN memperolehi 1,008 undi manakala PAS 708 dan undi rosak 19.

Dari jumlah berkenaan, beliau mendakwa, majoriti diperolehi BN adalah 289 undi. Bagaimanapun pada pengumuman pada malam penjumlahan dicatatkan 189 undi.

Katanya semasa pengiraan undi di peti undi berkenaan agen BN telah membuat kesilapan kerana tidak menandatangani kertas pengesahan pengiraan.

Wan Zaid memberitahu undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bantahan keputusan pilihan raya boleh dilakukan melalui mahkamah dalam tempoh enam bulan.

Pada PRK tersebut calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, berjaya mengekalkan kemenangan parti PAS pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu.

Fauzi memperolehi 5,348 menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang mendapat 5,283 undi. Fauzi menang dengan majoriti 65 undi.

Pusat penjumlahan undi dan keputusan PRK DUN Manek Urai diumumkan oleh Pengurus SPR, Adnan Hussin, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, pada malam Julai 14.

Sementara itu, BN berjanji akan meneruskan agendanya dalam melaksanakan program pembangunan walaupun kalah dalam pilihan raya agar rakyat tidak menjadi mangsa politik lantaran kegagalannya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, akan menterjemahkan modul pembangunan di kawasan pilihan raya kecil Manek Urai sebagai model pembangunan berterusan di Kelantan.

“Langkah itu menunjukkan Umno dan BN ikhlas dalam melaksanakan program pembangunan walaupun parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Manek Urai selasa lepas,” katanyanya pada media selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua Jabatan Persekutuan di Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) di sini.

Mustapa juga berkata kerajaan BN akan mengurangkan kerenah birokrasi dengan mengutamakan rakyat tanpa mengira parti dan ideologi politik dalam melaksanakan projek menerusi slogan mesra dan cakna rakyat.

Sebanyak RM2 juta akan diperuntukan untuk melaksanakan projek pembangunan di kawasan Manek Urai termasuk membaiki rumah, penurapan jalan di samping kemudahan-kemudahan asas lain.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bercadang menyediakan peruntukan RM3,000 setiap keluarga untuk membaiki rumah selain RM30,000 untuk membina rumah baru.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat, beliau tidak dapat memberi gambaran jelas perkembangan terbaru perkara berkenaan kerana pihak bertanggungjawab lebih arif untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan isu tersebut terus mendapat perhatian kerajaan pusat di mana proses rundingan telah dijalankan bagi mengkaji setiap undang-undang dan peraturan dalam hal-hal yang berkaitan mengikut Akta Pembangunan Petroleum (PDA) dan Perjanjian Konsesi oleh Petronas.

Sehubungan itu beliau menyarankan kepada semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri itu sebelum ianya diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiDdin Yassin sebelum ini berkata, Petronas telah diarahkan untuk memberikan jawapan terhadap tuntutan kerajaan negeri Kelantan itu dalam tempoh 48 jam.
Namun sehingga kini Petronas terus menutup mulutnya mengenai perkara itu.

Enggan masuk syurga?

Dari mStar Online

AL-BUKHARI meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: " Siapakah yang enggan?" Baginda bersabda : " Sesiapa yang taat kepada ku ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia masuk neraka." (Al-Bukhari)

Huraian:

Pada hakikatnya tiada seorang pun yang waras fikirannya enggan memasuki syurga, malah yang bermati-matian mengejar dunia ini sekali pun, tidak lain ialah kerana menganggap dunia ini adalah syurga yang terlalu indah padahal syurga yang sebenar adalah syurga akhirat yang kekal abadi.

Enggan memasuki syurga bererti seseorang itu memilih untuk memasuki neraka.

Kesimpulan daripada hadis di atas ialah bahawa orang yang bakal memasuki syurga adalah orang yang taat kepada Rasulullah SAW sedangkan pengertian orang yang tidak mahu memasuki syurga adalah mereka yang derhaka kepada baginda SAW.

40 kes Lelaki Tidak Layak Jadi Suami - renungan2 kan....

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ........, kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung "

SEMINAR PEMIKIRAN PROFESOR DR.BURHANUDDIN AL-HELMY B.HJ. MOHD NOOR




PKR Dedah Kebenaran Di Sebalik Skandal-Skandal Utama Negara

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama utama pada forum esok yang akan memerinci isu-isu kepentingan awam yang mencengkam politik negara.

Kira-kira 1,000 wakil dari pelbagai pertubuhan dan badan-badan politik serta kemasyarakatan akan menghadiri forum itu yang bertajuk “Kebenaran di sebalik skandal PKFZ, Krisis Perak dan Konspirasi BN” di Hotel Sunway Lagoon, Subang Selangor.

Selain Datuk Seri Anwar, turut memberi ucapan pada majlis itu ialah bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng, Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah dan Bendahari Keadilan, William Leong.

Forum itu akan memerinci perkembangan mutakhir politik tanah air dan isu-isu yang semakin membimbangkan rakyat. Ini termasuk peranan UMNO-BN dalam skandal pembaziran dana awam RM12.5 bilion untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang, rampasan kuasa di Perak dan konspirasi politik yang memperalatkan institusi awam untuk mengheret Anwar ke mahkamah.

Kehadiran Chua pada forum itu esok adalah atas sifat tegasnya bersabit isu-isu usus tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban pemimpin dalam menguruskan parti dan negara.

Dalam ucap tamanya, Anwar dijangka turut mengupas keghairahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menjalankan penyiasatan dan pendakwaan terpilih. Amalan itu berlanjutan sehingga dikatakan membawa kepada kematian Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah setelah beliau disoal siasat oleh badan itu selama 10 jam mulai Rabu lalu.

Mayat Teo Beng Hock, 30, yang dijadual melangsungkan perkahwinannya hari ini, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut tengahhari semalam.

SPRM dan polis cuba memberi gambaran bahawa Teoh telah membunuh diri setelah sesi soal siasat itu tetapi belum menjelaskan butiran penuh siasatan dan keperluan untuk menyoal siasat seorang saksi sehingga awal pagi tanpa kehadiran peguamnya.

Apabila PAS dan Pakatan Rakyat Menang; Penyokong, ahli dan pemimpin akan lari tinggalkan UMNO/BN

Written by Wartawan Buletin
KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama’ PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib percaya, penyokong BN, khususnya ahli-ahli UMNO akan meninggalkan parti tersebut sebaik sahaja PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kedudukan terbaik dalam politik di negara ini.

Beliau berkeyakinan penyokong Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin mereka akan bertindak meninggalkan parti itu pada bila-bila masa sahaja.

Lebih jelas, katanya, sokongan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN semakin meleset dan perkembangan ini akan mempengaruhi pengundi untuk beralih kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

“Bila-bila masa sahaja orang akan keluar UMNO, pemimpin UMNO pun nak keluar UMNO,” katanya ketika ditemui Khamis lalu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata akan berlaku peralihan politik di negeri itu selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurutnya, PAS Terengganu terus memperkasa jentera parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang selepas meraih satu lagi kemenangan dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Selasa lalu.

Katanya, PAS Terengganu memberi tumpuan kepada pembangunan insan terutama dari aspek kesedaran bagi memastikan orang Melayu mengetahui tanggungjawab mereka sebagai orang Islam.

Usaha itu diteruskan, katanya, dengan pemimpin turun bertemu rakyat pada setiap minggu bagi merapatkan ukhuwwah antara pemimpin dan rakyat di samping sebagai langkah pro-aktif menyelesaikan permasalahan masyarakat setempat.

“Kita sudah pun turun ke tiga Dewan Undangan Negeri, sejak awal Julai, DUN Bandar, Kuala Terengganu, DUN Kota Putra, Besut dan DUN Chukai di Kemaman,” katanya.