<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Jumaat, Julai 17, 2009

PAS hantar memorandum bantah kehadiran ramai polis

KUALA KRAI, 17 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah di Manek Urai memberi isyarat cukup besar kepada rakyat Kelantan. Katanya, walau pun calon yang menang itu dianggap pemborong ikan dan telah diperlekehkan Umno, namun beliau tetap menjadi pilihan rakyat.

"Namun Nabi Muhammad saw juga gembala kambing. Adakah pemimpin Umno juga mahu memperlekehkan gembala kambing," katanya.

Pada pilihan raya keci Manek Urai Selasa lalu calon PAS memperolehi 5,348 undi manakala Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi. Undi rosak 96.

Jumlah keluar mengundi 10,727 dengan mejoriti PAS sebanyak 65 dan sebanyak 87.26 keluar mengundi.

Ketua Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Hanafi sebelum ini memberitahu seramai 3,000 anggota polis bertugas di Manek Urai sepanjang kempen pilihan raya. Terdapat tiga markas taktikal dibina yang memuatkan 1,000 orang setiap satu.

Nik Abdul Aziz berkata, pada pilihan raya itu Umno-BN menggunakan secara berleluasa seluruh jentera kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kemenangan calon PAS sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam di Kelantan.

"Kemenangan ini juga merupakan tanggungjawab cukup besar yang mesti diteruskan Abe Uji. Kita melihat rakyat cukup peka dan prihatin terhadap nasib dan masa depan mereka.

"Jadi apa pun saya gembira dengan kemenangan ini walau pun dengan mejoriti 65 undi, ini biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya kecil.

"Tetapi apa yang lebih penting Abe Uji diharapkan dapat memberikan fokus untuk mengembalikan undi yang hilang berbanding pilihan raya umum lalu," katanya.

Bagaimanapun beliau yakin perwatakan dan ketokohan Abe Uji dapat mengembalikan kekuatan PAS di Manek Urai.

Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian mendedahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyalahi Akta Pilihan Raya 1954 apabila datang berkempen menggunakan jentera kerajaan.

Katanya juga beliau hairan betapa ramai anggota pasukan keselamatan dihantar ke Manek Urai seolah-olah PAS berdepan dengan kerajaan Malaysia dan bukannya Umno.

"Kehadiran pasukan polis yang begitu ramai juga, setiap kali pilihan raya mutakhir ini cukup merisaukan kita.

"Dan tidak menolak kemungkinan kita akan menghantar satu memorandum kehadiran polis yang begitu ramai tidak munasabah dalam mana-mana pilihan raya yang akan datang," katanya. - mj

Tiada ulasan: