<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Isnin, Julai 20, 2009

PKR Dedah Kebenaran Di Sebalik Skandal-Skandal Utama Negara

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama utama pada forum esok yang akan memerinci isu-isu kepentingan awam yang mencengkam politik negara.

Kira-kira 1,000 wakil dari pelbagai pertubuhan dan badan-badan politik serta kemasyarakatan akan menghadiri forum itu yang bertajuk “Kebenaran di sebalik skandal PKFZ, Krisis Perak dan Konspirasi BN” di Hotel Sunway Lagoon, Subang Selangor.

Selain Datuk Seri Anwar, turut memberi ucapan pada majlis itu ialah bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng, Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah dan Bendahari Keadilan, William Leong.

Forum itu akan memerinci perkembangan mutakhir politik tanah air dan isu-isu yang semakin membimbangkan rakyat. Ini termasuk peranan UMNO-BN dalam skandal pembaziran dana awam RM12.5 bilion untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang, rampasan kuasa di Perak dan konspirasi politik yang memperalatkan institusi awam untuk mengheret Anwar ke mahkamah.

Kehadiran Chua pada forum itu esok adalah atas sifat tegasnya bersabit isu-isu usus tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban pemimpin dalam menguruskan parti dan negara.

Dalam ucap tamanya, Anwar dijangka turut mengupas keghairahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menjalankan penyiasatan dan pendakwaan terpilih. Amalan itu berlanjutan sehingga dikatakan membawa kepada kematian Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah setelah beliau disoal siasat oleh badan itu selama 10 jam mulai Rabu lalu.

Mayat Teo Beng Hock, 30, yang dijadual melangsungkan perkahwinannya hari ini, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut tengahhari semalam.

SPRM dan polis cuba memberi gambaran bahawa Teoh telah membunuh diri setelah sesi soal siasat itu tetapi belum menjelaskan butiran penuh siasatan dan keperluan untuk menyoal siasat seorang saksi sehingga awal pagi tanpa kehadiran peguamnya.

Tiada ulasan: