Saya sering ditanya sahabat-sahabat yang mengatakan pasal nama blog ni, Laman Nurani. Bunyinya macam halaman berbentuk kerohanian, keagamaan. Tetapi artikelnya bercampur-campur. Katanya lagi, nama blog tidak menonjol ataupun tidak menarik minat untuk pelayar-pelayar alam siber untuk 'klik' kan tetikus pada nama Laman Nurani ini. Saya hargai setiap pandangan dan teguran ini. Terima Kaseh diucapkan.
Bagi saya, biarlah namanya Laman Nurani. Walaupun perlahan, namun biarlah Laman Nurani melangkah perlahan, dengan harapan suatu hari nanti, ianya akan tersohor di alam siber ini. Insya Allah.
Laman Nurani, merupakan suatu program berkala yang saya dan sahabat-sahabat jalankan sepanjang semester semasa belajar dahulu. Program selama satu jam setiap petang Isnin dan Khamis itu membincangkan pelbagai isu. Tidak hanya tertakluk soal ibadat sahaja. Perbincangan yang luas ini menyebabkan program Laman Nurani mendapat sambutan yang hangat pada waktu itu. Semoga semasa saya menulis artikel ini, program Laman Nurani masih diteruskan oleh adik-adik di kolej.
Oleh yang demikian, Laman Nurani merangkumi semua aspek untuk siarannya. Segala pandanag untuk penambahbaikan amatlah saya alu-alukan. Teruskan ke email atau tinggalkan komen di sini. Email : cetusanhati@yahoo.com
2 ulasan:
saya rasa ok blog ni, perbagai tajuk dan topik diutarakan,ada isu politik, kesihatan, ugama dan mcm2 ada....
Terima kasih Tuan Tanpa Nama, pandangan anda amat dihargai.
Catat Ulasan