
secara terbuka di perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan premis kerajaan iaitu pejabat KESEDAR Sungai Peria yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Peria iaitu salah satu pusat pembuangan undi dalam Dun Manek Urai.
Menurut Mahadi yang juga pengundi berdaftar bagi UPU Sungai Peria, aktiviti penyogokan tersebut telah bermula seawal pusat pengundian dibuka tetapi tindakan hanya dapat diambil pada jam 10.30 pg memandangkan nasihat daripada pihak peguam agar tindakan serbuan perlu melibatkan anggota MAFREL dan pihak polis serta SPR dan perlu diiringi wartawan. Ini kerana aktiviti penyogokan tersebut telah dilakukan di dalam kawasan premis kerajaan dan tidak boleh dicerobohi oleh orang awam.Penyogokan bersifat ekslusif menggunakan premis kerajaan ini mungkin merupakan satu taktik baru Barisan Nasional bagi menunjukkan kuasa dan kawalan mereka atas premis dan jentera kerajaan.
Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut. Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN yang dikenali sebagai "Mat Zain Bas" ketika cuba memasuki rumah tersebut.
Anggota MAFREL juga telah dihalang oleh beberapa petugas BN ketika cuba untuk memasuki rumah tersebut. Setelah petugas BN membuat rundingan dengan seorang anggota polis, maka Mahadi, anggota MAFREL dan semua penyokong PAS yang sama-sama

Oleh itu, Mahadi menggesa Pihak Berkuasa terutama pihak Polis dan SPRM agar membuat siasatan terperinci berkaitan kes penyogokan tersebut yang telah dibuat secara berani dan terang-terangan pada hari pengundian menggunakan premis kerajaan yang terletak hanya 50 meter sahaja daripada pusat pengundian. Kegagalan pihak berkuasa untuk menyiasat aduan ini pastinya akan membenar dan menguatkan lagi tanggapan orang awam akan ketidaktelusan pihak berkuasa dalam menyiasat aduan berkaitan penyalahguaan kuasa oleh Barisan Nasional dan wujud penguasaan kerajaan dalam mengawal segala tindakan pihak berkuasa ke atas satu-satu aduan terutamanya yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Mahadi juga menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh berkenaan aduan tersebut kerana insiden tersebut telah dirakam dan pengakuan salah seorang petugas UMNO telah dirakam secara jelas dan akan diserahkan dalam bentuk VCD kepada pihak Polis. Kegagalan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan hanya akan memprejudiskan tanggapan rakyat terhadap mereka. http://pemudaguchil.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan