<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Ahad, Julai 19, 2009

Manek Urai hidupkan kembali roh Umno

Mohd Zuharman
Sun | Jul 19, 09 | 12:14:27 pm MYT

Sama ada benar atau palsu janji dilafazkan dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai, namun hakikatnya dari sudut fizikal Umno-Barisan Nasional (BN) telah berjaya mempengaruhi hampir 95 peratus pencapaian majoriti PAS pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Secara tidak langsung percaturan politik Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno, seolah-olah hampir memberi pukulan maut tidak mampu disangkal oleh PAS.

Sebagaimana dilaporkan, BN mendominasikan seluruh jentera kerajaan sebagai senjata kempennya. Tetapi umpan dilihat paling berkesan ialah janji projek jambatan baru, kota agropolitan dan anak emas.

Selain itu taktik paling buruk dan kotor seperti mana didakwa pihak lawannya ialah sogokan rasuah bernilai tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Sejauh manakah kebenaran itu, tuhan saja yang maha tahu. Yang pasti kemenangan tipis PAS menggambarkan keupayaan Umno mengubah senario politik semasa di Manek Urai. Secara tidak langsung Umno boleh berbangga walaupun tewas di pertarungan kali ini.

Tinjauan The Malaysian Insider sepanjang tempoh berlangsungnya kempen pilihan raya ternyata PAS lebih terkehadapan menguasai keadaan berbanding Umno.

Hampir setiap tempat, bermula dari Sungai Sok hingga ke Laloh program PAS sentiasa sesak, laungan takbir tanda sokongan padu kepada parti itu tidak pernah menyepikan kesunyian malam.

Apatah lagi kalau melihat tiga malam terakhir, mengikut adat Umno sudah boleh gulung tikar dan angkat bendera putih. Kehadiran Anwar Ibrahim di kampung Peria disambut 5,000 penyokong. Tetapi program Umno yang diadakan bersebelahan cuma dihadiri penonton seramai paling tinggipun 50 orang. Betapa nazak sambutan diberi kepada BN.

Benar kata orang, di dalam politik serba kemungkinan. Sebab itu banyak telahan dan spekulasi jarang menepati sasaran hatta dari penganalisis politik hebat sekalipun.

Kehadiran ribuan audien tidak boleh dijadikan referendum kekuatan sesebuah parti kerana mungkin ia terdiri daripada penyokong-penyokong luar kawasan. Jadi, tidak wajar persoalan ke mana pergi ribuan penyokong yang pernah membanjiri ceramah PAS sebelum ini dikaitkan dengan kemenangan tipis dialaminya.

Sebaliknya PAS akan diihat lebih rasional sekiranya cuba beralternatif mencari di mana pengundi luar seramai lebih 1,000 orang dikatakan penyokong tegar PAS dilaporkan pulang dan memberi jaminan mengundi bulan?

Mengambil sikap berterusan menyelar parti lawan menggunakan rasuah selepas keputusan sudahpun muktamad bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Jika benar dakwaan itu serahkan saja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya. Mengadakan 'domestic inquiry' parti barangkali lebih utama.

Walau apapun, perspektif politik pasca PRK Dun Manek Urai 14 Julai menjadi momentum baru kepada kedua-dua parti menghadapi PRU akan datang.

Justeru PAS tidak wajar berbangga dengan bayang-bayang sendiri menjulang kemenangan tipisnya itu. Sebaliknya PAS mesti sedar bahawa roh Umno telah kembali pulih di Manek Urai bagi mengisi methodologi baru menjejaki rentak lawan. - mns_

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org klate dok P/jaya

pada pandangan kawe PRK MU, bukan beri roh kepada BN/UMNO tetapi beri pengajaran kepada PAS dan UMNO/BN, sebabnya :

1. Pengajaran paling berharga pada UMNO/BN ialah Wang/RM bukanlah satu jaminan BN akan sentiasa menang, biarpun berjuta juta wang digunakan oleh BN pada PRU kali ini untuk hadiah berharga sempena 100 PM najib tapi BN kalah juga akhirnya,kerana masih ada lagi pengundi PAS yang kuat jati dirinya, bukan kata ahli PAS itu 100 % kali ini diyakini undi PAS kerana kuasa RM BN kali ini dikatakan sungguh dahsyat godaannya.sama-sama lah kita fikir adakah mereka termakan umpan yg dipasang oleh BN ?

2. Bagi Pas Pula jangan mudah mendabik dada dgn sokongan sedia ada, kerana silap haribulan sokongan yg sedia ada boleh berubah dengan umpan yg dipasang oleh BN, kerana kawasan MU ini banyak kekurang kemudahan asasnya, jangan kata itu semua tanggungjawab kerajaan pusat semata-mata.kalau dah pegang 5 penggal MU, takkan masalah kemudahan asas tak boleh nak diadakan sepatutnya.kerajaan pusat(BN) akan jadikan isu ini modal kempen mereka setaiap kali ada PRK.jadi kerajaan kelantan(PAS)/PR kena pastikan kemudahan asas dipenuhi seadaanya terutama kawasan pendalaman spt MU.

klate byk mempunyai buruh2 yg mahir yg pernah bekerja di singapura pada tahun 80 an dahulu,maka tiada masalah utk buatkan projek secara gotong royong jika kosnya tinggi.

KESIMPULANNYA

SELAGI MANUSIA ITU ADA AKAL DAN NAFSU, MAKA PENGARUH KEBENDAAN AKAN SENTIASA MENGHAKIS NILAI2 KEIMANAN, KERANA KEMISKINAN AKAN MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN. JADI JIKA KERAJAAN PAS KLATE TIDAK MAHU PERKARA PRK MU, BERULANG MAKA PENUHILAH SEGALA KEMUDAHAN ASAS RAKYAT DENGAN SEPATUTNYA DAN JANGAN BIARKAN ISU DIJADIKAN MODAL BN UTK SELAMANYA.