<<<<<

<<<<<
Halaman Utama

Ahad, Julai 19, 2009

Keputusan PRK Manek Urai, Menyanggah Kelantan Yang Tidak Boleh DiTegur ??

Written by Suhaimi Al-Maniri
Sunday, 19 July 2009 06:48

Beberapa orang rakan yang sudah lama tidak berjumpa, tetiba menghubungi saya pada petang dan malam Selasa (14hb. Julai, 2009) untuk mendapat maklumat dan komen serta ulasan berhubung dengan PAS menang tipis dalam pilihanraya kecil ini.


DUN Manek Urai dikenali sebagai kerusi PAS yang sukar ditembusi oleh UMNO kecuali pada tahun 1982 dan 2004 sahaja.

Malah dalam keadaan genting akibat perpecahan PAS dengan tertubuhnya BERJASA pada tahun 1978 pun, PAS masih berjaya menguasai kerusi tersebut.

Kemenangan PAS dalam PRK N41 Manik Urai dengan hanya majoriti 65 undi memang sesuatu yang menggembirakan UMNO dan BN kerana mereka telah berjaya mengurangkan majoriti kemenangan PAS pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Penambahan undi UMNO sebanyak 889 adalah datangnya daripada orang UMNO sendiri yang sebelum ini (PRU 12) tidak keluar mengundi tetapi dengan tekanan dan kempen berterusan BN untuk menang, maka pengundi-pengundi yang tidak keluar mengundi sebelum ini dikerah untuk keluar mengundi menyebabkan peratus keluar mengundi meningkat kepada 87.4 peratus atau 10,746.

Berbanding pilihanraya umum yang lepas PAS sememangnya berlaku penurunan undi hanya 7.44% sahaja, iaitu daripada 5746 undi kepada 5348 undi hanya hilang sebanyak 398 undi sahaja pada pilihanraya kecil kali ini.

Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dibanggakan sangat UMNO/BN dengan kemerosotan majoriti undi PAS (majoriti 65 undi) di Manek Urai. UMNO juga pernah menang di kerusi yang sama pada tahun 2004 hanya dengan majoriti 53 undi sahaja

Perlu diakui bahawa pengaruh PAS dan UMNO hampir sama kuat, tetapi faktor Allahyarham Ismail Yaakob (Paksu Wei) tidak menyamai beberapa pemimpin lain di Manek Urai.

Rekod tanpa kalahnya selama 5 penggal sejak tahun 1986 amat mengagumkan. Sejarah telah memperlihatkan, bila PakSu Weil diganti dengan calon lain seperti yang telah berlaku pada tahun 2004, ia tidak mampu menarik ramai pengundi Manek Urai, PAS kalah di tangan UMNO dengan majoriti 53 undi.

Namun bila beliau bertanding kembali pada tahun 2008, Pak Su Wei mampu memberikan kemenangan semula kepada PAS.


Analisa Ringkas PRK Manek Urai

Dalam PRU ke-12 yang lepas, PAS memenangi semua peti undi kecuali di Manjor sahaja kalah dengan 36 undi. Tetapi dalam PRK ini, PAS hanya menang di 4 Peti Undi sahaja, iaitu :

1. Lata Rek (258 undi),
2. Peria (86 undi),
3. Chuchuh Puteri (96 undi),
4. Sungai Sok (66 undi).

Manakala BN menang di 5 Peti Undi disamping Undi pos (35 undi dari 35 undi), iaitu :

1. Temalir (27 undi),
2. laloh (66 undi),
3. Manek Baru (34 undi),
4. Manek Urai Lama (184 undi),
5. Manjor (66 undi).

Jelas di sini kekuatan pengaruh peribadi beliau mengatasi kekuatan PAS itu sendiri. Berikut adalah sedikit fakta PRU ke-12, 2008 berbanding dengan PRU-11, 2004 dan PRK MU, 2009;


PRU 12; 2008

Ismail Yaacob (PAS) – 5,746 undi
Zulkepli Omar (UMNO) – 4,394 undi
Majoriti – 1,352 undi


PRU 11; 2004


Zulkepli Omar (UMNO) – 4,362 undi
Mohd Zamzuri Mat Lazim (PAS) – 4,309 undi
Majoriti - 53 undi


PRK N41 MU; 2009


Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 5,348 undi
Tuan Aziz Tuan Mat (UMNO) – 5,283 undi
Majoriti – 65 undi


Pendapat saya sebelum ini, jauh sekali menjurus kepada PAS kalah di Manek Urai kerana amat rapuh substance PAS jika kalah dengan artikel yang tidak mencaci mana-mana peribadi.

Tetapi dalam analisa tersebut sekadar memberikan peringatan agar PAS Kelantan jangan over confident kerana PAS boleh kalah dalam pilihanraya kecil Manek Urai ini seperti yang pernah berlaku dalam dua pilihanraya kecil di Kelantan sebelum ini, iaitu DUN Semerak (1997) dan Pengkalan Pasir (2005).

Perkara ini seolah-olah disepakati oleh ramai pemerhati politik bahawa bila saya membaca komen-komen dan artikel-artikel yang disiarkan dalam laman web dan blog-blog.

Sebagai contoh unsur-unsur over confident ini berlaku, seorang petugas menyebut 65 Undi, Kifarah Untuk PAS, menyebut beliau teringat ketika bermesyuarat dengan Haji Apandi dan YB Haji Wan Ismail dalam salah satu peti undi di Manek Urai.

Di dalam mesyuarat itu, Haji Apandi ada mengingatkan bahawa, kita ingin menang di dalam pilihanraya ini, tetapi bukan sahaja menang, tetapi ingin majoriti kita meningkat,sekiranya majoriti kita menurun, PAS di kira kalah.

Manakala untuk tatapan peminat kolum ini, saya petik dari sebuah laman blog yang menyebut, “di sebalik kemenangan ini, apa yang paling mengecewakan adalah tahap profesionalisma Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, YB Haji Abdul Fatah Harun yang dilihat begitu lemah dan cuai di dalam menyampaikan maklumat yang tepat atau hampir tepat.

Sebagai contoh, sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, YB Haji Abdul Fatah Harun memberikan maklumat dengan berkata “jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini. “Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya. Kenyataan beliau ini dibuat pada jam lebih kurang 3 petang di mana masih ada 2 jam lagi masa untuk mengundi”.

Untuk berlaku adil kepada semua pihak, pada pandangan saya faktor-faktor yang menjadi penyebab utama kemerosotan undi PAS adalah Pengundi atau penyokong PAS yang tinggal di luar (daerah/negeri/negara) tidak dapat balik mengundi kerana hari mengundi di adakan pada hari Selasa, yakni bekerja dan hari persekolahan.

Disebabkan keadaan ini, kerajaan Kelantan sendiri terpaksa mengisytiharkan cuti pada hari tersebut. Perkara ini sengaja dirancang oleh SPR kerana apa salahnya pilihanraya kecil ini diadakan pada hari Sabtu ataupun setidak-tidaknya Ahad.

Sementara sebahagian dari pengundi yang tinggak di luar ini mencongak untuk tidak balik kerana kerana faktor kewangan kerana diadakan pada pertengahan bulan.

Tambahan pula tidak menjejaskan kerajaan pimpinan Tok Guru jika PAS tewas sekalipun serta yakin ‘confirm PAS menang walaupun aku tak balik’. Ditambah lagi laporan-laporan media oleh pemimpin PAS Kelantan yang confident akan menang.

Selain faktor-faktor tersebut, perpecahan PAS berjaya dihidu pihak media banyak mempengaruhi kemerosotan undi PAS dalam PRK kali ini. Isu Tok Guru Nik Aziz menyuruh Ustaz Nasharudin letak jawatan amat serius hingga tidak benarkan Ustaz Nasharudin berkempen di Manek Urai.

Isu ini dianggap selesai bila Nasharudin turun berkempen dalam keadaan uzur setelah pihak media berjaya memanipulasi ketidakhadiran beliau pada hari penamaan calon tetapi hakikatnya tidak seperti yang diharapkan.

Selain itu, berbagai isu politik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Kedah, P.Pinang dan Selangor juga mempengaruhi. sedikit sebanyak pengundi di Manek Urai.

Manakala peningkatan sokongan terhadap UMNO berbanding PRU 12 adalah mungkin berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Kempen berterusan di media dan jentera kerajaan (Kesedar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kemas, Tabung Haji dan sebagainya);

2.Janji-janji pembangunan (jambatan, Manek Urai akan dijadikan kota agropolititan dan lain-lain);

3. Projek mee segera yang dilakukan dengan menurap jalan dan lain-lain;

4. Politik wang sebagaimana dilaporkan oleh media-media alternatif; 5. Kerjasama erat dengan SPR dan Polis dalam memberikan serangan psikologi kepada pengundi untuk menyebelahi UMNO dan BN.


Dalam keadaan Pakatan Rakyat bercelaru, UMNO dan Barisan Nasional mula menunjukkan sikap lebih lunak dan cakno terhadap PAS berbanding sebelum ini.

Ternyata pendekatan Datuk Mustafa Muhamad atau Tok Pa ini boleh mendatangkan musibah kepada PAS pada PRU ke-13 nanti.

BN mengubah strategi dengan mendekati pengundi-pengundi tegar PAS dalam keadaan PAS begitu confident pengundinya tidak berubah kiblat. Sejarah UMNO dibawah Tok Pa tahun 2004, perlu menjadi iktibar kepada PAS Kelantan selepas ini.

1 ulasan:

Dhani berkata...

sahabat. dijemput datang menonton GADOH di USM pada 8.8.09 nanti. ajak kawan-kawan skali ok. :)

tengok flyers kat sini: http://2.bp.blogspot.com/_VNg9zxVOC4E/Sl8h_B3gqYI/AAAAAAAAAx4/jiw9JqBVZwU/s1600-h/gadoh_at_kb.jpg