Itulah seruan para nabi sejak turun temurun, yang bisa menggegarkan seluruh umat dunia yang didakwahkan mereka. Selain manusia yang beriman, ikan dan makhluk di darat akan gentar dengan seruan suci ini. Seruan murni ini terus diwarisi dan dilaungkan para mujahid dan tidak akan luput sehingga akhir zaman…baik mereka yang syahid membawa pedang, mahupun menempa kejayaan dengan mata kalam. Hati yang ikhlas bisa memahami dengan jelas akan pengertian seruan ini…di mana tiada yang lebih besar dan lebih agung untuk diperaku, tunduk dan ditakuti melainkan Allah yang Maha Tunggal. Lalu apa peranan kita??? Si pengaku pendokong dakwah dan pendukung seruan murni ini?
Temanku yang dikasihi,
Kadang terasa telah tiada daya meneruskan perjuangan yang amat getir di muka bumi-Nya ini. Terkadang meneropong dalam diri sendiri.. getirkah segala yang aku perjuangkan selama ini? Benarkah perih jerih yang aku lalui ini adalah perjuangan kerana-Nya? Hampa, jawapannya selalu hampa.
Walau di mana kaki ini berpijak, kekadang kita terasa seperti telah alah, biasa. Padahal, kaki yang menanggung lidah yang menyebut “Laa ilaha illa-llah, Muhammad Rasulullah” ini sebenarnya berpaku dengan tidak percuma. Ada suatu beban yang digalas, yang masih belum diuploadkan untuk disebarkan kepada kaum manusia yang lain---DAKWAH. Kitalah makhluk nyata 3 dimensi yang bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dengan tugas ini.
Kekadang terasa diri ini seperti begitu asing. Siapa diri ini sebenarnya? Walau siapa pun kita, di mana jua kita berada dan apapun jua yang kita lakukan akhirnya kita dengan rela atau terpaksa tetap akan kembali kepada Nya. Lantas diri kekadang bertanya kenapa kita sering ingin kembali kepadaNya, ingin berada di sisi Nya hanya di saat-saat kecundang? Di saat-saat kita ingin berkempen ingin memenangi hati rakyat dan sebagainya? Paling malang, di saat menjelang pilihanraya? Oh…lihatlah betapa jahil dan jelik sekali perangai kita. Tidak pun meneropong para rasul yang setiap takdir dan waktu mereka menimang seruan suci ini untuk menyuntiknya ke dalam dada-dada manusia. Hebatkah kita pengaku da’ie?
Terkadang, kita rasakan diri ini hebat dari yang lain. “aku orang PAS…pasti masuk syurga jugak, depa orang UMNO, musuh kita”. Begitulah detikan jiwa bagi segelintir kita. Oh…sungguh malang jiwa-jiwa ini. Namun janganlah salah sangka…diri ini tidaklah meperleceh dan menidakkan wadah perjuangan yang diwarisi para ‘ulama kita ini. Sungguh murni perjuangan ini dan daku berjanji akan mendokongnya sedayaku. Akan tetapi, amat menyesal dengan segelintir kita yang berhati demikian.
Lantas, apa tugas kita? Mari mundur sejenak kepada perenggan sebelumnya…
Seruan suci ini untuk siapa? Untuk golongan mana? Oh…untuk mereka yang belum mengerti rupanya. Golongan UMNO ke? DAP? keADILan? PAS? PBS? SUPP? ABIM? TABLIGH? JEMAAH MASJID? JEMAAH KEDAI MAMAK? Jemaah Futsal?… Hakikatnya, kita sendiri perlu didakwahkan terlebih dahulu. Kita sering taksub dengan gerakan kita yang bakal membuahkan pahala di hari kelak. Bukankah begitu? Oh…kita tersilap rupanya. Diri ini belum suci dari permasalahan yang belum kita intai sepenuhnya. Supaya nanti, kita tidak mudah melatah apabila kalah, tidak berpesta apabila menempa kejayaan. Kita perlu sering beralaskan lembaran wahyu supaya kelak apabila berjaya, kita kan bersama seperti firman-Nya di dalam surah An-Nasr…(ayuh rujuk bersama).
Nah, sekarang mungkin kita telah mendapat sedikit gambaran akan keadaan ini. Kita sering dituduh jumud dengan perilaku kata mengata, fitnah memfitnah dan sebagainya. Salah siapa sehingga kita dilabel demikian? Minda ini sedar, Da’wah penuh onak dan duri, kata ini yang selalu menjadikan aktivis da’wah untuk senantiasa bersabar dalam mengarungi da’wah ini. Malah para nabi terdahulu berganda hebatnya dituduh tidak siuman dan tukang sihir. Tapi adakah kita seperti para nabi dan yang terdahulu daripada kita? Sesekali, apa salahnya melemparkan senyuman di balik tangisan meskipun dilempari najis dan hamburan kata nista. Biarlah cercaan yang kita terima dibalas dengan jabat salam dan ukiran senyum mesra kerana sesungguhnya mereka belum mengetahui. Wahai para pejuang, jika pedang menjadi taruhan, sudah lama baginda Rasul dan para sahabat menghunusnya sejak di kota suci Makkah lagi di depan pemuka Quraisy. Namun itu bukanlah penyelesaiannya Dan lagipula, manusia yang kita hadapi adalah mereka yang sama bersolat, berzakat, berpuasa dan satu penerbangan berhaji dengan kita. Kasihanilah golongan ini, saudara kita jua. Terjemahkanlah rasa syukur kita sebagai golongan yang memahami dengan MERAPATI mereka, bukan memusuhi dan menjauhi selamanya. Jika merka prejudis dengan tudung litup kita, rapatilah mereka dengan huraian yang jelas dan mesra. Jika mereka curiga dan menghunjam kata-kata kesat akan lebai serban dan janggut, dengan senyum…hujahilah mereka dengan sopan dan hikmah. Doakan mereka agar sama-sama beroleh syafa’at. Kerena mereka belum mengetahui. Rujuklah lembaran suci, surah Al-Hujuraat, ayat 11-12 supaya kita tidak tergolong dalam orang-orang yang zalim. Diri ini perlu bertaubat rupanya…aduh. Ampunilah dosa kami, ya Allah.
Mari kita kembali bersama-sama membangun peradaban Islami untuk kemaslahatan umat di seluruh penjuru bumi.
Hempaskan kesombongan pada diri-diri kita, lepas panji-panji keegoisan kita, buang jauh-jauh, lontarkan sejauh mungkin rasa benci dalam diri kita, mari kita satukan kembali hati-hati kita, tanamkan ketawadu'an dalam diri kita, pasang kembali bendera kebersamaan, rekatkan rasa persaudaraan dengan ketekunan, ramah dengan saudara-saudara kita, jauhkan penyakit hati Insya Allah Kejayaan ada ditangan kita…
Rindu Perjuangan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan